BAB
12
“GOOD morning
everybody,” sapa Julia girang.
“Mimpi
apa kamu bangun awal pagi ni?” soal Zarif sinis.
“Zarif,
tak baik kata macam tu pada adik kamu,” tegur Puan Sri Zalina lembut.
Tidak
mahu suasana pagi diselubungi pertengkaran kecil seperti pagi-pagi sebelumnya.
“Daddy,
Julie nak pergi bercutilah nanti. Kalau boleh kat Malaysia sebab Julie dah lama
tak balik ke sana. Boleh tak daddy?”
Tanpa
mempedulikan abangnya, Julia meminta izin. Memandang penuh harap wajah Tan Sri
Jaafar di kepala meja.
“Bila
Julie nak ke sana?” soal Tan Sri Jaafar, senang dengan cadangan itu.
“Julie
cadang nak balik ke sana masa cuti sekolah tahun depan. Sekarang ni Julie tak
boleh balik lagi sebab Julie sibuk dengan kelas piano dan tarian balet.”
“Abang rasa elok
Julie balik dengan abang Yash. Bolehlah abang Yash temankan Julie sepanjang Julie
kat sana nanti,” ujar Zarif lembut.
“Eii... tak naklah. Julie boleh balik sendiri. Buat apa Julie nak susahkan abang Yash? Abang Yash pun bukannya sihat sangat. Kalau terjadi apa-apa pada dia masa kat sana nanti, kami jugak yang susah. Betul tak abang Yash?” sanggah Julia.
“Eii... tak naklah. Julie boleh balik sendiri. Buat apa Julie nak susahkan abang Yash? Abang Yash pun bukannya sihat sangat. Kalau terjadi apa-apa pada dia masa kat sana nanti, kami jugak yang susah. Betul tak abang Yash?” sanggah Julia.
“Mummy sokong
kata-kata Julie tu. Yash bukannya sihat sangat nak temankan Julie balik ke
sana. Lagipun bukannya Julie tak biasa balik ke Malaysia seorang diri,” ujar
Puan Sri Zalina cepat-cepat.
“Tapi mummy,
kan lebih baik Yash ikut Julie nanti. Yash sendiri pun dah lama tak balik ke
Malaysia. Bolehlah dia bercuti seminggu dua lepas dia dapat kerja kat mana-mana
syarikat nanti. Manalah tahu sakitnya berkurang bila bertukar angin.”
“Kata
kamu betul tapi mummy takkan sesekali izinkan Yash pergi ke
mana-mana. Biar dia kat sini aje bersama mummy sepanjang masa. Mummy tak
mahu dia pergi jauh dari mummy apatah lagi dalam keadaan dirinya
sekarang,” bantah Puan Sri Zalina.
“Mummy
tak mahu terjadi apa-apa yang buruk padanya nanti. Walaupun dia bukan anak
kandung mummy tapi mummy tetap sayangkan dia macam mummy sayangkan kamu dua
beradik,” sambung Puan Sri Zalina, sebak.
Segera
jari-jemarinya menyapu air jernih di kelopak mata.
Zarif
pantas mencapai jari-jemari wanita itu sebelum diramas lembut.
“I’m
sorry if I hurt your feeling mummy. I didn’t mean it,” pohon Zarif
sungguh-sungguh.
Rasa
bersalah menyelubungi hatinya seketika.
“That’s
okay,” ucap Puan Sri Zalina, kembali mengukir senyuman.
Senang
dengan perlakuan anak sulungnya. Mudah meminta maaf dan pandai menjaga hati
semua seperti Yash, anak angkatnya yang dibela sejak lahir lagi.
“Yash,
kamu dah pertimbangkan permintaan daddy untuk bekerja kat
syarikat daddy tu?” tanya Tan Sri Jaafar sambil memandang Yash di
sisi meja.
Lambat-lambat
lelaki itu menggeleng. Digerak tangannya beberapa kali. Membentuk isyarat
menandakan dia tidak berminat untuk menerima tawaran lelaki yang dianggap
seperti ayah kandung itu.
“Tapi
Yash, daddy lebih suka kalau Yash bekerja dengan daddy dan
Zarif kat pejabat kita daripada Yash bekerja dengan orang
lain. Daddy bimbang kalau-kalau terjadi apa-apa pada Yash nanti,”
pujuk Tan Sri Jaafar, tidak putus asa.
Lama
dia memandang anak angkatnya yang sejak kecil dilahirkan bisu itu.
“Betul
kata daddy tu Yash. Aku sendiri lebih suka kalau kau bekerja bersama
aku dan daddy kat syarikat kita. Aku boleh beri tunjuk ajar nanti.
Tentang cita-cita kau nak menjadi jurufoto tu, kau boleh lakukannya di masa
lapang ataupun pada hari cuti,” sampuk Zarif, turut memujuk sambil menatap
wajah lelaki seusianya itu.
Walaupun
bukan berasal dari rahim yang sama namun kasih sayang Zarif terhadap Yash sama
seperti dilimpahkannya pada Julia. Malah lebih dari itu lantaran dia sedar.
Lelaki itu tidak sempurna seperti dirinya dan mereka yang lain.
Yash
menarik nafas sebelum jari-jemarinya digerakkan semula. Membentuk kata-kata
yang kembali mencampakkan kekecewaan di wajah Tan Sri Jaafar dan Zarif.
“Dahlah
tu bang, Zarif. Tak payahlah dipujuk lagi Yash. Dah dia tak mahu, nak buat apa
dipaksa-paksa lagi. Biarlah dia nak buat apa yang dia suka pun. Selagi perkara
tu tak salah di sisi agama kita, apa salahnya,” celah Puan Sri Zalina lembut
tanpa sempat salah seorang dari kedua-dua beranak itu membuka mulut.
Tidak
senang melihat keadaan itu, Yash mencapai tangan Tan Sri Jaafar sebelum sekali
lagi tangannya digawang-gawang. Memohon maaf dari lelaki itu dan Zarif
dengan penuh sungguh-sungguh. Rasa bersalah menyerang hati tatkala
terpandangkan wajah murung kedua-duanya. Namun apakan daya, dia mempunyai minat
dan impian. Minat dan impian yang ternyata berbeza dari apa yang diharapkan
oleh keluarga angkat yang begitu menyayanginya.
Tan
Sri Jaafar hanya mengangguk kecil. Mengerti dengan apa yang ingin disampaikan
anaknya yang tidak mampu bersuara itu. Dia kembali mengukir senyuman. Tanda dia
telah memaafkannya. Begitu juga Zarif. Lalu menenangkan hati Yash semula.
Senang dengan penerimaan kedua-duanya.
“DAH lama
kami tak ke mari,” ujar Haji Fakhrulrazi sambil memandang sekitar rumah kampung
itu.
Sejak
bersara dari menjawat jawatan pegawai daerah berpuluh tahun lalu, jarang-jarang
dia menjejak kaki ke situ. Masanya banyak dihabiskan beramal ibadah selain
bermain bersama cucu-cicitnya di Melaka, tempat kelahirannya.
“Dah
banyak perubahan ya sampai aku ingat-ingat lupa jalan ke sini,” sambung Haji
Fakhrulrazi.
“Biasalah
tu Razi. Sedangkan tanah pun tak selalu tetap kat tempatnya, inikan pulak
keadaan sekeliling kita,” sahut Haji Rahman, gembira menyambut tetamu yang
ditunggu sekian lama kedatangannya.
“Jadi
apa khabar orang Melaka sekarang? Harap-harap sihatlah ya,” sambung Haji
Rahman.
“Alhamdulillah.
Kalau tak sihat, tak sampailah kami suami isteri ke sini,” seloroh Haji
Fakhrulrazi.
Tawa
kecil mereka berempat meletus.
“Tidur
sini ya malam ni,” pelawa Hajah Aminah mesra.
“Cadang-cadang
macam tulah Nah. Nak tidur mana lagi kalau bukan kat sini. Kalau dulu bolehlah
ada rumah sendiri kat sini walaupun setakat kuarters kerajaan aje. Sekarang
bila dah pencen terpaksalah kami menumpang kat rumah orang,” sahut Hajah
Naemah sambil menepuk-nepuk lembut lengan Hajah Aminah.
“Hisy,
menumpang apanya Mah. Rumah ni pun rumah kau orang berdua jugak. Macam kami
jugaklah. Kalau kami ke Melaka pun rumah siapa lagi kami nak tumpang tidur
kalau bukan rumah kau orang berdua,” sanggah Hajah Aminah lembut.
“Oh
ya Man, mana Farah? Dah lama jugak kami sampai tapi tak nampak pun bayang cucu
kami tu,” ujar Haji Fakhrulrazi sambil matanya meninjau semula ke seluruh
ruang.
“Ya
tak ya, lupa pulak nak tanya. Farah mana? Apa dia tak balik bercuti ke?” celah
Hajah Naemah, turut memanjang leher.
“Ada
budak tu balik beberapa hari lepas dengan Faizam. Dia pergi Kampung Gunung hari
ni. Atuk dengan nenek angkat dia nak buat kenduri sikit petang nanti. Jadi dia
dan Faizam pergi tolong apa yang patut,” terang Hajah Aminah.
“Kenduri?
Kenduri apa si Umairah tu nak buat Nah?” soal Hajah Naemah.
Teringat
pada wanita sebaya dia dan Hajah Aminah itu. Berperwatakan tegas dan garang
namun penyayang pada semua anak dan cucunya.
“Kenduri
cukur rambut cicit mereka yang baru lahir minggu lepas. Anak Indra Putra, abang
angkat sulung Farah tulah,” jawab Haji Rahman.
“Oh
ya ke? Lelaki ke perempuan anaknya tu?” soal Hajah Naemah lagi.
“Anak
lelaki. Comel sungguh Mah oii... Mukanya tu saling tak tumpah macam Indra
kecil-kecil dulu,” ujar Hajah Aminah, teruja.
“Kalau
macam tu, dah masuk empat oranglah anak Indra tu ya? Seronoklah Salleh dan
Umairah sebab cicit mereka dah makin bertambah. Dahlah Imran dan Irfan tu dah
ada tiga orang anak setiap seorang. Ni dah datang seorang lagi. Bertambah
lagilah ahli keluarga mereka tu,” ujar Hajah Naemah, sedikit cemburu.
“Nak
kata apa, dah rezeki dia orang. Kita pun apa kurang. Dah berderet jugak
cicitnya. Tapi tak ada seorang pun yang nak tinggal dengan kita,” keluh Haji
Rahman.
“Budak
zaman sekarang Man. Mana nak tinggal dengan atuk dan nenek dia orang lagi.
Macam aku dan Naemahlah. Nama aje cucu-cicit tinggal sekali tapi nak tengok
muka sehari sekali pun belum tentu dapat,” balas Haji Fakhrulrazi.
“Tu
dah kira untung Razi. Boleh jumpa walaupun sekali sekala. Berbanding kami ni,
jangan kata nak main dengan cucu-cicit, nak jumpa dia orang setahun sekali pun
payah. Dia orang pulak jarang balik ke sini. Lagilah susah,” sampuk Hajah
Aminah.
“Tulah
Nah. Nama aje beranak ramai tapi tak ada seorang pun yang lekat dengan kita
bila dah besar. Esok-esok bila dah beranak pinak, lagilah tak ada masa nak
menjenguk kita. Cucu-cucu pun belum tentu rapat dengan kita sebab dah biasa
tinggal jauh,” keluh Hajah Naemah perlahan.
“Tapi
kau orang suami isteri kira bertuah Mah. Tinggal Faizam seorang aje yang belum
lepas. Kami ni, dua orang lagi cucu belum berumah tangga. Jangan kata kahwin,
belajar pun belum habis lagi. Tak tahulah sempat ke tak tengok dia orang
berkeluarga sendiri nanti,” luah Hajah Aminah.
Terukir
senyuman mekar di bibir Hajah Naemah serta-merta.
“Sebut
tentang Faizam, ada sesuatu sebenarnya yang nak kami sampaikan pada kau orang
suami isteri,” ujar Hajah Naemah semula.
Lenyap
senyuman Hajah Aminah dan Haji Rahman jadinya. Kedua-duanya mengerutkan dahi.
“Tentang
apa tu Mah? Lain macam aje bunyi cakap kau ni,” balas Hajah Aminah.
Tidak
jadi Hajah Naemah bersuara tatkala sayup-sayup kedengaran bunyi motosikal
membelok masuk ke laman rumah. Seseorang memberi salam sebelum kelibat Faizam
muncul kemudian.
“Hah
Faizam, kamu dari mana ni?” soal Haji Fakhrulrazi.
“Eh
nenda, bila sampai? Kenapa tak beritahu nak datang?” soal Faizam, terkejut.
Segera
dia menyalami datuk dan neneknya.
“Huh,
kalau beritahu pun belum tentu kamu nak tunggu kami kat sini,” jawab Hajah
Naemah bagi pihak suaminya.
“Nenda
berdua datang dengan apa ke sini? Tak nampak pun kereta nenda. Ke nenda datang
naik flight?” soal Faizam.
Sempat
dia menoleh ke arah laman kosong. Hanya motor kapcainya terparkir di situ
sementara kereta Proton Saga merah hati kepunyaan Haji Rahman tersimpan di
garaj sebelah rumah.
“Naik flight ke
bendanya. Dah selalu sangat kami naik flight masa muda dulu. Dah
tua-tua macam ni elok naik keretalah pulak kalau nak ke mana-mana. Bolehlah
jugak cuci mata tengok pemandangan sekeliling,” ujar Hajah Naemah sambil
menggeleng kecil.
“Habis
tu, mana kereta nenda? Tak ada pun depan rumah ni?” soal Faizam, ragu-ragu.
“Abang
Ghani kamu pergi cuci. Lagipun dia kata dia nak shopping barang sikit
untuk anak dan isterinya kat bandar raya Kuantan tu,” jawab Haji Fakhrulrazi.
“Oo...
jadi nenda berdua datang dengan abang Ghanilah ya? Saya ingat nenda pandu
sendiri kereta tu,” ujar Faizam sambil tersengih.
“Manalah
kami larat nak pandu kereta kalau tak abang Ghani kamu yang tolong bawakan.
Lagipun dia sendiri tak sampai hati nak lepaskan kami datang sendiri. Sebab
tulah dia sanggup memandu jauh semata-mata nak hantar kami ke sini walaupun dia
sendiri tak sekuat dulu,” balas Hajah Naemah.
Sempat
dia memuji kebaikan pemandu peribadi suaminya yang telah bertahun-tahun
berkhidmat dengan mereka.
“Yang
kamu ni dari mana Zam? Kotor semacam aje pakaian kamu tu. Muka kamu tu pun
penuh dengan debu tanah. Apa kamu pergi berkubang ke tadi?” sambung Hajah
Naemah.
Matanya
masih merayap di seluruh tubuh comot Faizam.
“Hisy
nenda ni, saya bukannya kerbau nak berkubang. Saya tolong ayah Man dan abang
Imran belah kayu untuk kenduri nanti. Sebelum tu saya dan Irwan tolong abang
Indra gemburkan tanah kat ladang jagung Atuk Leh. Dia orang nak semai benih tak
lama lagi,” terang Faizam sambil mengelap peluh yang membasahi wajah.
“Habis
tu, mana pulak perginya si Farah?” soal Haji Fakrulrazi pula.
“Farah
ada kat rumah Nek Umairah sekarang. Dia sibuk tolong dia orang kat dapur.
Mungkin dia tidur kat sana malam ni,” jawab Faizam segera.
“Oh
ya, Atuk Leh pesan tadi. Dia suruh atuk dan nenek pergi kenduri petang nanti.
Nenda pun ikut sekalilah ya,” ujar Faizam lagi, menyampaikan pesanan Haji
Salleh, datuk angkat Farah yang turut menjadi datuk angkatnya.
“Insya-ALLAH,
lepas Asar nanti sampailah kami kat sana,” sahut Haji Rahman.
“Kita
pergi sekali nanti,” sambung Haji Rahman sambil menatap Haji Fakhrulrazi dan
Hajah Aminah.
“Elok
jugak tu. Aku pun dah lama tak jumpa dengan Salleh suami isteri. Entah apa
khabar dia orang sekarang,” sahut Haji Fakrulrazi.
“Mesti
dia orang terkejut bila tengok kita nanti bang. Maklumlah, dah bertahun-tahun
kita tak bersua. Datang pun tak beritahu pada dia orang,” sampuk Hajah Naemah
yang tidak sabar-sabar hendak bertemu Haji Salleh dan Hajah Umairah sekeluarga.
“Hmm...
tak apalah nenda. Saya minta diri ke atas dulu ya. Nak mandi dan tukar baju.
Solat Asar pun saya tak tunai lagi ni,” pamit Faizam lalu bergegas ke tingkat
atas.
Mereka
berempat hanya memandang kelakuannya.
No comments:
Post a Comment