BAB
25
BERHATI-HATI Julia
memandu kereta milik Puan Sri Fariha. Bimbang juga dia memandu di kawasan
bandar raya Kuala Lumpur lantaran jarang dilakukannya sebelum ini. Apatah lagi
dalam keadaan berseorangan. Namun dia terpaksa melakukannya daripada membuang
masa di rumah tanpa sebarang aktiviti.
Julia
mengurangkan kelajuan apabila dia membelok masuk ke kawasan dituju. Segera dia
mencari tempat meletak kereta. Sambil itu mulutnya membebel. Geram dengan
kehadiran begitu banyak kenderaan di kawasan itu.
Julia
tersenyum tatkala terpandang satu ruang kosong tidak jauh dari situ. Tanpa
memandang sekeliling dia segera mengerakkan kereta lalu meluncur masuk. Selesai
memarkir dia melangkah keluar. Cuaca terik tengah hari itu membuatkan dia mahu
segera melangkah ke dalam bangunan yang tersergam di depannya.
Dia
baru ingin menapak tatkala seseorang menjerit ke arahnya. Dia berpaling sambil
menolak cermin mata hitam ke atas kepala. Memandang seseorang yang tidak
dikenali menjenguk muka dari tingkap kereta tidak jauh dari tempatnya berdiri.
“Hei
saudari, awak dah ambil parking saya tahu!”
Suara
anak muda itu kedengaran marah sambil mengelap wajahnya yang telah dibasahi
peluh.
Julia
mengerutkan dahi. Pura-pura tidak mengerti.
“Sorry? Are
you talking to me?” soal Julia.
Dia
sengaja menggunakan slanga Australia yang sejak kecil dipelajarinya. Dia
tersenyum sedikit. Sinis.
“Habis
tu, kau ingat aku cakap dengan siapa? Tunggul kayu?” marah anak muda itu lagi.
“Kalau
iya pun nak cepat, janganlah rembat parking orang!” marah lelaki itu lagi.
“Excuse
me, saya tak nampak nama sesiapa pun kat situ. Lagipun, siapa cepat dialah
yang dapat,” balas Julia selamba sambil memusing tubuh semula.
“Huh,
tahu pulak cakap Melayu. Perasan diri tu anak mat salihlah konon. Harap muka
aje lawa, perangai mengalahkan puntianak,” rungut lelaki itu.
Sekaligus
membuatkan Julia kembali berpaling. Marah.
“What
did you say?” soal Julia dengan nada sedikit tinggi.
Mencerlung
matanya pada anak muda itu yang membalas selamba pandangannya.
“Saya
kata, harap muka awak tu aje lawa tapi perangai mengalahkan puntianak tahu tak?
Dasar manusia pentingkan diri macam tulah. Tak pakai otak langsung kalau nak
buat apa-apa pun,” ejek lelaki itu lalu menaikkan semula cermin tingkap kereta
sebelum berlalu dari situ.
Julia
sudah menghentak kaki sambil mengetap bibir marah. Geram dengan kata-kata itu.
Malas memikirkannya lagi, Julia segera meninggalkan tempat itu.
FARAH memanjangkan
leher. Matanya ligat merayau memandang sekitar. Begitu banyak buku dijual di
situ hingga rambang matanya. Tidak pasti mana yang harus
dilihatnya terlebih dulu.
Sesekali
dia mengalih mata pada orang ramai yang sejak pagi memenuhi ruang pesta buku
yang diadakan selama dua minggu itu. Mencari kelibat Faizam yang sejak tadi
tidak terlihat bayangnya. Lelaki itu masih berada di kawasan tempat letak
kereta ketika dia melangkah masuk ke bangunan PWTC itu.
“Bang,
berapa ya harga buku ni?” soal Farah sambil mengunjuk sebuah buku tebal.
“Oh,
harganya seratus lapan puluh ringgit aje,” jawab penjual di gerai itu.
“Seratus
lapan puluh ringgit?”
Ternganga
mulut Farah seketika.
“Mahalnya.
Tak boleh bagi murah lagi ke bang?” soal Farah seakan-akan merayu.
“Ni
pun dah cukup murah dik. Harga asalnya dua ratus lima puluh ringgit.”
Farah
mencongak seketika. Seratus lapan puluh ringgit? Mahal tu. Duit di tangan hanya
tinggal berapa ringgit. Itu belum ditolak dengan duit tiket bas untuk balik ke
Pulau Pinang nanti. Hati Farah berbisik.
Mata
Farah melilau semula. Mencari Faizam. Mahu meminjam duit.
“Dik
tak nak beli ke buku ni? Tinggal satu ni aje. Lepas ni dah tak ada stok lagi
sebab buku ni buku lama.”
Suara
lelaki penjual kembali menembusi telinga Farah.
“Tak
apa bang, saya beli buku tu untuk dia.”
Tidak
sempat Farah menyahut, seseorang telah menghulur sejumlah wang.
“Nah,
ni untuk awak,” ujar gadis itu lalu menghulur buku yang dibelinya kepada Farah
yang tercengang-cengang dengan keadaan itu.
Ralit
mata Farah memandang gadis itu sambil minda ligat berfikir. Seingatnya, dia
tidak pernah mempunyai teman secantik itu. Dengan rambut emas keperangan
dan pakaian ketat serta seksi, gadis itu kelihatan seperti seorang model
berbangsa Inggeris yang begitu jelita dan bergaya.
Farah
kembali tersedar tatkala gadis itu memetik jari-jemari di depan matanya.
“Hei
girl, are you still there?” soal gadis itu sambil tersenyum manis.
Farah
tersipu-sipu. Malu dengan keadaan itu.
“Nah,
ambillah buku ni,” ujar gadis itu sambil mengunjuk semula hulurannya.
“Eh,
tak apalah. Saya tak cukup duit nak beli buku tu,” ujar Farah terus terang.
“Saya
tak suruh pun awak bayar semula. Saya ikhlas berikannya pada awak.”
“Tapi
saya tak mampu nak bayar balik duit cik tu,” balas Farah semula.
Bukan
sikapnya suka berhutang. Apatah lagi pada orang tidak dikenali.
“Kan
saya dah kata, saya tak minta awak bayar semula harga buku ni. Awak ambil aje
sebagai tanda perkenalan kita. Oh ya, nama saya Julia. You can call
meJulie. Can I know your name please?” soal Julia sambil menghulur tangan.
Penuh
bergaya.
“Saya
Farah,” balas Farah sambil menyambut perlahan.
“Terima
kasih Julie kerana hadiahkan saya buku mahal macam ni,” ucap Farah.
Dia
terharu dengan kebaikan gadis itu. Dibelek-belek buku yang telah berpindah ke
tangan.
“Tak
payahlah awak berterima kasih. Bukannya susah pun semua ni.”
Julia
tersenyum lagi. Rambut panjangnya dikuak sedikit.
“Mungkin
kecil di mata awak tapi terlalu besar pada saya. Nanti kalau kawan saya dah
datang, saya pulangkan semula duit awak ya,” balas Farah, merendah diri.
Matanya
masih memerhati Julia yang mempunyai ketinggian hampir sama dengannya. Kagum
dengan kejelitaan gadis itu.
“No
need. Saya bukannya perlukan buku tu pun,” balas Julia bersahaja.
Ditatap
wajah tercengang-cengang milik Farah dek kata-katanya.
“Jadi
buat apa awak beli buku ni tadi?” soal Farah, hairan.
“Saja,”
jawab Julia sepatah dan selamba.
Farah
pula sudah ternganga mulut. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia bertemu
dengan seseorang yang membeli sesuatu hanya kerana suka-suka tanpa ada sebarang
kepentingan.
Melihat
Farah tercengang Julia kembali bersuara.
“Actually saya
nak tukar duit tadi tapi rasanya penjual tu takkan bagi kalau saya nak tukar
saja tanpa beli apa-apa. Jadi, saya belilah buku tu untuk awak,” terang Julia.
Perlahan-lahan
Farah mengangguk faham. Masih kaget dengan keadaan itu.
“Awak
bukan orang Malaysia ke?”
Melihat
keperibadian Julia, Farah yakin. Gadis itu dari luar negara. Terpikat dia
dengan kecantikan dan gaya moden gadis itu.
“Sebenarnya
saya lahir kat Malaysia tapi dibesarkan di Australia,” terang Julia ringkas.
Matanya
masih di wajah Farah yang sejak tadi meneliti wajahnya. Diam-diam Julia
mengaku. Farah seorang gadis cantik dan berbudi bahasa. Dia benar-benar
terpikat dengan sikap sopan Farah ketika melihat gadis itu berbicara dengan
penjual buku tadi. Kerana itu dia tidak teragak-agak membelikan buku itu untuk
Farah.
Farah
mengangguk lagi. Matanya terpandang Faizam yang dari jauh telah dapat ditangkap
langkahnya. Masam wajah anak muda itu.
“Kau
pergi mana Zam sampai baru sekarang aku nampak muka kau?” soal Farah sebaik
lelaki itu berdiri di depannya.
“Pergi
mana lagi kalau bukan parking kereta. Susah betul nak dapat satu parking pun.
Dah dapat diambil orang pulak. Dasar puntianak betul,” balas Faizam dalam nada
marah-marah.
Farah
hanya tersenyum kelat. Dipusing tubuhnya. Mendapatkan Julia yang membelek buku
di gerai berdekatan. Faizam mengikut langkahnya.
“Julie,
saya kenalkan awak dengan kawan saya, Faizam namanya. Zam, ni Julie. Dia yang
belikan aku buku ni tadi,” ujar Farah sambil beria-ia menayang buku ditangan.
Julia
segera berpaling. Senyumannya hilang apabila terpandang Faizam.
Faizam
telah terbeliak mata.
“Kau?”
Hampir serentak mereka bersuara.
“Hai,
punya luas dunia ni, kat sini jugak aku jumpa puntianak ni ya,” ujar Faizam
sinis.
“Excuse
me, jaga sikit mulut tu ya. Jangan suka hati aje nak kata orang,” balas Julia
meradang walaupun tidak pasti makna gelaran lelaki itu terhadapnya.
“Apasal
pulak aku nak jaga mulut aku? Bukannya mulut aku ni ada kaki pun nak jalan kat
merata tempat. Kau tu yang patut jaga perangai tu elok-elok. Pakai otak bila
nak buat apa-apa lain kali. Bukannya main rembat aje,” balas Faizam kasar dan
dengan nada tinggi.
“You!”
Julia
menghentak kakinya. Marah.
“Eh
kejap, kejap. Kau orang berdua dah kenal ke sebelum ni?”
Farah
yang sejak tadi pelik melihat kelakuan kedua-duanya terburu-buru menyampuk.
Memandang silih berganti kedua-dua wajah merah padam itu.
“Huh!
Kalau kau nak tahu Farah, nilah perempuan
yang rampas parking aku sampai aku terpaksa pusing keliling PWTC
ni berjam-jam lamanya semata-mata nak cari parking lain,” ujar Faizam
sambil menjegil mata pada Julia yang membalas geram.
“Tu
memang salah you sebab tak masuk awal-awal. Lain kali bagilah signal kalau dah
tahu nak masuk,” balas Julia dengan nada tinggi juga sambil mencekak pinggang.
“Aku
dah bagi signallah puntianak tapi mata kau tu yang buta sampai tak nampak apa
pun,” sanggah Faizam yang turut mencekak pinggang.
“Aku
yang buta ke atau signal kau tu yang tak betul? Entah apa jenis signal yang dia
pasang kat kereta dia tu pun tak tahulah sampai orang lain tak boleh nampak.
Lain kali betulkan dulu signal tu sebelum nak mengata orang tak tentu pasal,”
bidas Julia, tidak mahu mengalah.
Dia
tidak lagi peduli dengan pandangan sekeliling yang mula memerhati gelagat
mereka.
“Hei
perempuan ni, betullah tak ada insurans mulut!”
Kemarahan
Faizam sudah naik ke tahap menyinga. Panas hatinya mendengar kata-kata selamba
gadis itu.
“Memang
pun mulut aku ni tak ada insurans. So what? Kau nak buat apa?”
“Kau
orang berdua, tolonglah jangan buat perangai kat sini. Zam, dahlah tu.
Takkanlah dengan perempuan pun kau nak bergaduh,” pujuk Farah lembut.
Cuba
memujuk Faizam yang telah berasap kepala menahan marah.
“Bukan
aku yang mulakan dulu semua ni Farah tapi si puntianak ni saja nak cari gaduh
dengan aku,” ujar Faizam keras.
“Excuse
me, bukan aku yang cari gaduh tapi kau tu yang tak reti bahasa. Tak tahu nak
beradab dengan orang,” balas Julia sinis.
Dia
tidak lagi ber‘I’ dan ber‘you’ seperti sebelumnya.
“Hei
perempuan, apa kau kata? Ulang seribu kali lagi!”
Faizam
kembali meninggi suara. Mencerlung mata pada Julia yang hanya tersenyum
mengejek.
“Dahlah
tu Zam, janganlah nak bergaduh kat sini pulak. Malu ditengok orang,”
Farah
terus mencelah dengan nada lebih tinggi. Ditolak tubuh Faizam ke belakang
sedikit. Cuba menjarakkan tubuh tegap lelaki itu dari mendekati Julia. Dia
memalingkan wajah ke arah gadis itu.
“Julie,
saya minta maaf sangat-sangat kalau sikap kawan saya ni menyakitkan hati awak.
Apa pun, saya minta awak tolong tinggalkan kami kat sini. Ni nombor telefon
saya. Ada masa telefonlah saya. Mungkin kita boleh berjumpa lagi nanti,” ujar
Farah.
Dia
menghulur sekeping kertas bertulis nombor telefon bimbitnya.
Julia
menyambut cepat sambil tersenyum sedikit.
“Okey.
Saya harap kita akan bertemu lagi Farah tapi tanpa budak kampung yang bodoh
ni,” balas Julia lalu terus berlalu dari situ.
Sempat
dia menjelir lidah pada Faizam yang mengetap bibir geram memandangnya.
Hampir
saja Faizam membalas kata jika bukan kerana Farah segera menjeling tajam ke
arahnya. Memberi amaran. Dia merengus keras. Berang dengan keadaan itu.
No comments:
Post a Comment