BAB
6
“JULIE, bangun
sayang. Nanti lambat pulak kamu nak ke sekolah,” kejut Hanie sebaik melangkah
masuk ke bilik tidur luas itu.
“Julie,
dengar tak apa yang akak cakap ni? Bangun lekas. Nanti kamu lewat ke sekolah,”
kejut
Hanie lagi dengan nada tinggi apabila tiada sahutan.
Tangannya
terus menyebak selimut yang melitupi tubuh seseorang yang masih enak berlingkar
di katil tengah bilik. Lalu tuan empunya tubuh menempik kuat.
“Sis!
What the hell are you doing huh?”
“Julie,
dah pagi ni dik. Bangunlah. Nanti kamu lambat pergi sekolah,” sahut Hanie,
sudah terbiasa dengan jeritan begitu.
Lambat-lambat
gadis berambut perang itu bangun dari perbaringan. Dia menggeliat beberapa
kali. Lalu menguap panjang.
“Kak,
Julie mengantuklah. Malaslah Julie nak pergi sekolah hari ni.”
“Jangan
malas dik, tak baik. Dah selalu sangat Julie ponteng. Minggu ni aje dah dua
kali Julie tak pergi sekolah. Nanti apa pulak kata daddy kalau Julie
ponteng lagi hari ni,” pujuk Hanie sambil mengusap-usap belakang tubuh itu
dengan penuh kasih sayang.
“Alah, daddy takkan
kata apa-apa pun. Julie mengantuklah kak, macam mana nak pergi ke sekolah kalau
Julie tak boleh buka mata,” rengek Julia.
“Tulah,
kan akak dah pesan. Jangan balik lewat malam kalau keluar dengan kawan-kawan
tapi Julie degil. Tak nak jugak dengar cakap akak. Sekarang Julie jugak yang
susah. Mengantuk sangat sampai tak boleh buka mata tu,” balas Hanie lembut.
“Kak
ni, kalau tak membebel boleh tak? Bingit telinga Julie tahu,” balas Julia
tinggi sambil menekup telinga.
Buat
rosak pendengaran aku aje, rungut hati Julie.
“Yalah,
yalah, akak salah. Akak janji akak tak bebel lagi. Dah, bangun sekarang. Cepat
siap. Nanti lambat kamu ke sekolah,” pujuk Hanie lagi.
“Tak
naklah. Julie tak nak pergi sekolah hari ni. Julie mengantuklah!” rengus Julia.
Dia
mahu menyambung tidur namun tidak jadi apabila kata-kata Hanie kembali singgah
di telinga.
“Baik.
Tak kisahlah kalau Julie tak nak pergi sekolah pun tapi jangan harap akak nak
tolong kalau abang Zarif tak masukkan duit dalam akaun Julie bulan ni. Abang
Zarif dah beritahu kan? Kalau Julie ponteng kelas lebih daripada dari tiga kali
sebulan, maka duit poket Julie pun tak adalah untuk sebulan ni,” gertak Hanie.
“Julie
nak duit poket tak?” tanya Hanie apabila gadis itu masih terkebil-kebil.
Laju
saja Julia mengangguk.
“So,
pergi mandi sekarang. Dah siap nanti turun ke bawah, kita sarapan sekali,”
suruh Hanie sambil tersenyum.
Julia
pantas bangun. Terkocoh-kocoh ke bilik air sambil mulutnya riuh mengarah
pembantu rumah menyediakan segala keperluannya. Tidak peduli Hanie yang melihat
tingkah lakunya menggeleng beberapa kali.
“DAH bangun
tuan puteri kesayangan awak tu?” tanya Zarif sebaik terpandang Hanie turun dari
tingkat atas.
“Dah
bang. Dia tengah mandi tu,” jawab Hanie, terus duduk di sisi suaminya.
“Waktu
ni baru nak mandi. Pukul berapa pulak dia nak sampai ke sekolah tu?” bebel
Zarif sebelum dihirup sedikit kopi panasnya.
“Sekejap
lagi dia pergilah bang. Lagipun bukannya lewat sangat. Baru pukul berapa
sekarang. Pagar sekolah pun belum buka.”
“Hah,
tulah awak. Manjakan sangat adik ipar awak tu. Matahari dah tegak atas kepala
pun masih berlingkar atas katil. Cuti sekolah tak payah cakaplah. Selagi tak
masuk waktu Zohor, selagi tulah tak bangkit,” bebel Zarif lagi.
“Zarif
Zafran, tak baik membebel depan rezeki,” tegur Puan Sri Zalina yang turut ada
di meja makan.
“Tapi
memang betul pun apa yang saya kata mummy. Julie tu terlalu dimanjakan
sangat sampai besar kepala jadinya. Cakap orang tua langsung tak nak dengar.
Cakap dia aje yang betul. Esok-esok nak jadi apa pun tak tahulah,” balas Zarif,
marah.
Sekeping
biskut gula dihala ke mulut sebelum dikunyah geram.
“Biarlah
dia Zarif. Teruk mana pun sikap Julie tu, dia tetap adik kamu jugak,” celah Tan
Sri Jaafar.
Dia
meletakkan semula surat khabar di tepi meja. Lalu melilau pandangan ke tengah
meja makan. Melihat hidangan yang disediakan isteri dan menantunya pagi itu.
“Sebab
dia adik sayalah saya tegur daddy. Buat sakit mata aje tengok perangai
buruknya tu. Berkawan dengan entah siapa-siapa. Siang malam hanya tahu berjoli
aje. Pakaiannya tu satu bab, langsung tak pernah tutup aurat. Lebih teruk
daripada orang Inggeris yang sedia ada,” luah Zarif, geram.
“Dahlah
tu Zarif, tak payahlah kamu membebel lagi. Habiskan sarapan kamu tu cepat.
Nanti lewat pulak kamu ke pejabat.”
Kata-kata
lembut Puan Sri Zalina mengunci mulut Zarif yang masih mahu bersuara.
Cepat-cepat
Zarif menghabiskan sarapan lalu meminta diri. Mengucup tangan Tan Sri Jaafar
dan Puan Sri Salina sebelum berlalu meninggalkan ruang itu. Hanie menghantarnya
hingga ke luar rumah.
“Betul
kata Zarif tu bang. Sampai bila kita nak biarkan Julie bersikap macam tu.
Dahlah adab sopan tak ada, keluar rumah pun tak tentu masa. Suka hati dia aje
nak buat apa pun. Selalu benar dia balik lewat pagi. Berkawan pulak dengan budak-budak
liar. Kita sendiri pun tak kenal ibu bapa budak-budak tu. Pakaian tu, tak payah
katalah. Memang tak pernah menyenangkan mata kita yang memandang,” luah Puan
Sri Zalina sebaik kelibat anak dan menantunya hilang dari pandangan.
“Habis
tu, Lina nak abang buat apa? Dah macam tu sikap dia, nak kata apa lagi,” ujar
Tan Sri Jaafar selamba sambil berselera menikmati sarapan.
Tidak
peduli riak isteri berubah tegang dek kata-kata bersahajanya itu.
“Ewah,
senangnya abang cakap. Hei bang. Kita ni bangsa Melayu, ada adab dan
tatasusilanya sendiri. Walau kat mana kita berada, tak sepatutnya kita buang
budaya dan adat resam kita. Apatah lagi di Australia yang majoriti penduduknya
beragama asing dari kita ni. Cuba abang tengok Julie tu. Jangan kata nak pakai
tudung, nak pakai baju kurung sekali-sekala pun payah. Solat tak payah katalah.
Memang tak pernah dibuat pun. Membaca Al-Quran jauh sekali. Takkan abang nak
biarkan anak perempuan kita tu berdosa seumur hidup?” balas Puan Sri
Zalina, geram.
Hilang
seleranya melihat wajah selamba Tan Sri Jaafar. Seolah-olah tidak terkesan
dengan kata-katanya.
“Abang
tahu semua tu salah kita Lina tapi apa yang abang boleh buat? Kalau dia masih
kecil bolehlah kita lentur. Ni dia dah besar panjang. Dah tujuh belas tahun
pun. Kalau marah pun bukannya dia nak dengar,” sahut Tan Sri Jaafar lembut.
“Apa
abang kata? Julie tu dah besar?” soal Puan Sri Zalina dengan mata terbuntang.
“Abang,
Julie tu baru aje berumur 17 tahun, bukannya dah 27 tahun. Sekolah tinggi pun
dia belum tamat lagi. Dia rosak sebab salah abang jugak yang terlalu manjakan
dia. Abang turut aje semua kehendaknya sampai tak pernah fikir apa yang dia
minta tu baik untuk dia atau tak.”
Tanpa
sedar Puan Sri Zalina telah meninggikan suara pada suaminya.
“Jadi
sekarang Lina salahkan abanglah bila Julie jadi macam tu?” balas Tan Sri
Jaafar, geram.
“Lina
jangan lupa, bukan abang seorang yang salah tapi Lina pun salah. Lina tak
pernah nak tegur cara dia berpakaian. Dari kecil lagi Lina dah ajar dia
bermekaplah, nak jaga kecantikanlah supaya dia cantik macam Lina jugak. Hah
sekarang, bila dah jadi macam ni abang seoranglah yang salah, macam tu?” ujar
Tan Sri Jaafar lagi dengan nada tinggi.
Dihembus
nafasnya semula.
“Dahlah
Lina. Tak payahlah Lina membebel lagi. Buat sakit telinga abang aje,” sambung
Tan Sri Jaafar lalu menghabiskan minuman sebelum bangkit.
“Abang
nak ke pejabat sekarang. Apa-apa hal kita bincang aje malam nanti. Tu pun kalau
abang boleh balik awal. Banyak lagi kerja abang yang tak siap kat pejabat tu,”
pamit Tan Sri Jaafar, terus menghulur tangan.
Puan
Sri Zalina menyambut dengan hati mendongkol marah. Namun tangan suaminya
dikucup jua. Geram kerana suaminya memandang ringan perkara-perkara
begitu. Matanya mengekori langkah Tan Sri Jaafar sebelum dihala pada Hanie yang
kembali melabuhkan punggung berdepannya.
Hanie sekadar memasang telinga mendengar pertengkaran tidak rasmi antara kedua-dua mentuanya. Seperti Puan Sri Zalina, Hanie hanya mampu mengeluh panjang. Mengerti dengan gelodak di hati ibu mentuanya ketika ini.
Hanie sekadar memasang telinga mendengar pertengkaran tidak rasmi antara kedua-dua mentuanya. Seperti Puan Sri Zalina, Hanie hanya mampu mengeluh panjang. Mengerti dengan gelodak di hati ibu mentuanya ketika ini.
No comments:
Post a Comment