BAB
5
“SO Farah,
macam mana dengan persiapan kau untuk pertandingan pidato tu? Aku harap kau dah
bersedia untuk menghadapi lawan kau nanti,” ujar Marya, gadis berambut pendek
dan bersikap seperti lelaki.
Walaupun
hanya memakai track bottom dan t-shirt berlengan pendek
namun gadis itu nampak kemas dan menarik dalam penampilan ringkasnya hujung
minggu itu. Menyerlahkan kewibawaannya selaku ketua pengawas sekolah Seri
Putri.
“Insya-ALLAH
Marya, aku rasa aku dah bersedia sepenuhnya untuk pertandingan tu. Kau jangan
bimbang, aku akan buat yang terbaik untuk pertandingan tu nanti,” sahut Farah
sungguh-sungguh dan bersemangat.
“Bagus.
Aku nak kau juarainya seperti tahun-tahun sudah. Aku nak piala tu tetap di
sekolah kita untuk tahun ni dan paling penting, nama sekolah kita kekal harum
di kalangan sekolah-sekolah lain,” ujar Marya, mula membayangkan impiannya.
“Ala
Marya. Tak payahlah kau bimbang. Bukan kau tak kenal Cik Farah kita ni.
Pemidato terbaik antara sekolah empat tahun berturut-turut. Jangan kata
nak berpidato, nak berleter sepanjang hari pun tak ada masalah bagi dia,” celah
Laila.
Dia
turut membantu kedua-duanya mengemas bilik mesyuarat sekolah pagi itu.
“Ewah,
sedap mulut kau mengata aku ya.”
Farah
mencubit terus lengan Laila.
“Kau
ni Farah, aku gurau ajelah. Tu pun kau nak marah. Tapi memang betul pun apa
yang aku cakap tu kan?” balas Laila sambil tersengih.
Segera
dia mengelak apabila satu lagi cubitan Farah hampir hinggap di lengannya.
“Hei
kau orang berdua, dahlah tu,” larang Marya sambil bercekak pinggang.
Lali
sudah dia melihat tingkah laku kedua-dua teman yang sejak dulu gemar bergurau
tidak mengira tempat dan masa itu.
“Farah,
ada kau ajak Balkis ikut serta ke pertandingan tu nanti?” soal Marya.
“Ada
tapi dia cakap tak boleh ikut. Tahu ajelah Balkis tu. Mana boleh dia keluar
sesuka hati macam orang lain. Nak belajar kat sekolah ni pun puas dia pujuk
atuknya baru dapat, inikan pulak nak ikut kita pergi pertandingan tu,” jawab
Farah.
Dia
agak terkilan dengan nasib Balkis yang ternyata tidak serupa orang lain.
“Habis
tu, hujung minggu ni dia balik lagilah ke rumah?”
“Macam
biasalah Marya. Dia kata ada hal yang perlu diselesaikan.”
“Hal
apa?” sampuk Laila, turut mahu tahu.
“Hal
apa lagi kalau bukan hal dengan ayah dia tulah.”
“Kenapa?
Ayah dia masih cuba pujuk dia ke?”
Farah
mengangguk.
“Tapi
aku rasa Balkis tu tak makan pujuklah. Kalau aku kat tempat dia pun aku
tak mahu. Kasihan Balkis. Ada mak, dah meninggal. Ada ayah, tak boleh diharap.
Duduk dengan atuk pulak, kena kongkong sampai nak keluar dengan kawan-kawan pun
tak boleh. Kalau akulah, dah lama aku lari dari rumah. Buat apa jadi anak orang
kaya kalau hidup macam dalam sangkar aje,” bebel Laila.
“Tu
kalau kau Ila. Aku rasalah, kalau Balkis ikut cara kau tu dah lama dia tak
dapat tengok dunia ni tahu,” tempelak Farah.
“Sebab
apa pulak?”
“Dah
tentulah atuk dia kurung dia terus dalam rumah. Dari elok-elok dapat tengok dunia
luar walaupun tak seluas mana, terus tak boleh tengok apa-apa langsung.”
“Hei
kau orang berdua ni, kalau bercakap tu sampai lupa dunia. Bila nak siap kerja
kau orang ni hah kalau asyik bercakap aje?” sergah Marya.
Laila
dan Farah tersengih.
Marya
pula menggeleng semula. Pening melihat gelagat kedua-duanya.
“Oh
ya Farah, ada kau beritahu Faizam pasal pertandingan pidato tu?” soal Laila
lagi.
Dia
telah lama mengenali Faizam. Kedua-dua atuk dan nenek mereka berasal dari
kampung yang sama di Melaka.
“Ada
aku beritahu tapi macam tahun-tahun lepas jugaklah, dia tak dapat pergi sebab
dia ada kerja yang nak dibuat di Alor Setar nanti.”
“Rajin
Faizam tu kan? Muda-muda lagi dah pandai cari duit sendiri,” puji Marya.
“Apa
nak kata Marya. Memang tu perangai Faizam. Suka cari duit poket sendiri padahal
bukannya mak dan ayah dia tak mampu nak tanggung,” ujar Farah.
“Faizam
tu memang rajin Marya. Atuk aku selalu puji dia. Perangainya tu sama aje macam
adik-beradiknya yang lain. Kalau aku nak cari suami esok-esok, aku nak
cari suami macam Faizamlah, senang sikit hidup aku,” ujar Laila, memasang
angan-angan.
“Hei
Ila, daripada kau nak cari suami macam Faizam, baik kau ambil aje Faizam jadi
suami kau. Tak payah pening-pening kepala nak cari lagi. Bukan hidup kau sorang
aje yang senang nanti, tujuh keturunan kau tu pun boleh senang lenang tau.”
“Huh,
daripada aku kahwin dengan Faizam, baik aku kahwin dengan datuk dia. Walaupun
dah berumur tapi orang tua tu tetap maintain handsome wei.
Tambah-tambah bila dia tersenyum. Hai, jatuh cinta aku dibuatnya.”
“Hei
kau ni Ila, taste tak best langsung. Ada ke patut orang tua
yang jadi pilihan kau. Punyalah ramai lelaki yang ada dalam negara kita ni,
datuk Faizam yang dah tua bangka tu jugak yang kau pilih. Apa mata kau dah buta
ke atau otak kau tu yang dah mereng Ila?” sergah Marya sambil tergelak.
“Kenapa?
Salah ke kalau aku berangan-angan nak kahwin dengan orang tua? Bukannya berdosa
kalau aku kahwin dengan dia pun,” sanggah Laila cepat-cepat.
“Salah
tu taklah Laila Azwaniza oii tapi ada kau fikir apa pulak kata Faizam kalau dia
tahu kau ada hati kat datuk dia? Kalau nenek dia tu dah meninggal lainlah
ceritanya. Ni masih sihat sejahtera lagi orang tua tu. Apa kau agak Faizam
adik-beradik senang-senang aje nak terima kau jadi nenek muda dia orang?”
tempelak Farah.
“Entah
kau ni Laila. Aku rasa jangan katakan Faizam, datuk dia tu pun belum tentu nak
jadikan kau tu isteri dia. Mesti dia fikir. Daripada dia kahwin dengan kau,
baik dia kahwinkan kau dengan Faizam tu. Lebih afdal lagi,” sampuk Marya.
Laila
terdiam seketika. Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Alah,
apa-apa ajelah. Tapi bagi akulah, kalau diberi pilihan antara Faizam dengan
datuk dia, confirm aku rembat datuk dia. Dahlah handsome, kuat
agama, baik pun ya. Senang cakap tak ada kuranglah orang tua tu,” balas
Laila sambil tersengih.
“Kau
cakap macamlah Faizam tu tak berilmu orangnya. Dari bab agama sampai ke bab
bahasa, semua dia boleh ajarkan. Kalau tak tak adalah orang kampung atuk aku
gelar dia ustaz muda,” ujar Farah.
“Tu
kata kau tapi aku lebih suka kalau dapat kahwin dengan datuk dia. Walaupun dah
tua tapi aku tak peduli bab tu. Hati yang tengah marah pun boleh cair kalau
tengok muka handsome dia tu tau,” balas Laila sambil tersenyum.
Farah
pula terus menggeleng-geleng. Dia menepuk dahi sendiri.
“Laila,
Laila. Betullah kau dah mereng. Faizam yang muda belia
lagi handsome tu kau tak nak mengorat tapi datuknya yang tunggu masa
nak tinggalkan dunia ni pulak yang kau gilakan. Sah ada mana-mana wayar kat
dalam otak kau tu dah terputus,” usik Farah.
Dia
segera melarikan diri apabila Laila cuba mencubitnya.
“Hah
tu dah mulalah balik perangai gila kau orang tu. Dah, dah. Siapkan kerja kau
orang cepat. Kejap lagi kita kena tolong Haiza dan lain-lain tu bersihkan taman
pertanian sekolah pulak,” sergah Marya.
Terhenti
Laila dan Farah dari terus berkejaran sesama sendiri. Tanpa sepatah kata laju
kedua-duanya menyambung kerja masing-masing.
MATAHARI baru
sepenggalah tinggi tatkala Faizam tiba di bandar raya Alor Setar. Sengaja dia
keluar lebih awal dari asrama memandangkan sekolah ditutup sempena cuti umum
bagi Pulau Pinang hari itu.
Sebuku
hajat turut dibawa Faizam. Hajat mencari seseorang yang telah
mengucar-ngacirkan hidupnya akhir-akhir ini. Seseorang yang telah menjadikan
dirinya tidak lagi setenang dan seceria dulu. Dia mahu menyelesaikan
segalanya secepat mungkin. Paling penting dia tidak mahu lagi hidup dalam
keadaan begitu.
Keadaan
lengang memudahkan Faizam menjalankan pencarian. Hampir semua tempat di bandar
raya itu dijelajah. Dari lorong-lorong sempit hingga ke kawasan-kawasan semak
dan berbukit telah habis diredah. Namun kelibat orang yang dicari tidak
kelihatan. Dia tetap tidak berputus asa. Dia mencari lagi buat sekian kali.
Akhirnya
Faizam mengalah setelah hampir seluruh pagi dia membuang masa di jalanan.
Apatah lagi perut yang sejak pagi tidak berisi walaupun secubit makanan semakin
kuat berkeroncong. Menjadikan kelajuan motosikalnya semakin perlahan sebelum
terhenti sepenuhnya di depan sebuah restoran makanan segera. Dia mematikan
enjin sebelum melangkah ke dalam.
Selesai
berurusan, Faizam menatang dulang makanan ke satu sudut. Sambil mengunyah, dia
mencuci mata. Mindanya pula masih rancak mencerna setiap persoalan yang
berputar.
Faizam
baru mahu berpaling tatkala terpandang seseorang tidak jauh dari situ. Hampir
saja makanan di tangan terlepas andai dia tidak segera meletak ke pinggan
semula. Rasa terkejut dan girang muncul serentak di hati. Terkejut gerangan
orang dicari berada di depan mata. Girang dengan pertemuan tidak disangka itu.
Biar tubuh terpaku di tempatnya, namun mata lelakinya rakus menatap wajah
menunduk itu.
Namun
bagai tidak peduli pada sekeliling, wajah cantik itu suram. Riak-riak duka
bergaul resah jelas terpancar daripada raut wajah itu. Seperti ada sesuatu
sedang menghantuinya ketika ini. Sesekali mata basahnya dibuang ke luar.
Beberapa keluhan berat turut terluah. Tidak perasan Faizam tidak berkerdip mata
memandang wajahnya.
Faizam
meneliti sepenuhnya ciptaan ALLAH yang dirasakan terlalu indah. Terasa ruang
perut yang masih belum terisi sepenuhnya kenyang serta-merta. Apatah lagi
kedudukan mereka setentang dan hanya berselang beberapa meja. Terusik hati
lelaki Faizam tatkala setitis air mata jatuh di pipi gadis itu.
Lama
gadis itu berkeadaan begitu sebelum pandangan dialih. Mahu dibawa ke tengah
restoran namun tersangkut pada Faizam yang masih seperti tadi. Leka menatap
wajahnya tanpa sebarang rasa bersalah. Sedikit kaget dia dengan tatapan anak
muda yang tidak dikenali. Jauh sekali diketahui gerangannya.
Begitu
asyik anak muda itu memandang wajahnya hingga mata tidak berkerdip walaupun
sesaat. Seperti terpukau melihat dirinya yang langsung tidak selesa dengan
keadaan itu. Pantas satu jelingan tajam diberi bersama rengusan kasar. Tanda
tidak senang dengan pandangan itu.
Namun
Faizam seperti tidak mengerti dengan maksud tingkah lakunya. Seakan-akan
jelingan dan rengusan itu gagal menyampaikan sebarang isyarat buatnya. Marah
dengan keadaan itu, dia membalas tajam pandangan itu. Penuh geram dan benci.
Lama mereka beradu pandangan sebelum gadis itu kembali memalingkan wajah. Tanda
menyerah. Hatinya yang sedia resah bertambah gundah. Tidak berfikir panjang,
dia mencapai beg sandang di riba sebelum dihempas kuat ke meja.
Tersentak
seisi restoran dengan perlakuan kasar gadis itu. Faizam apatah lagi.
Perlahan-lahan ucapan istighfar terluah daripada mulut Faizam. Dia menunduk
sedikit. Rasa segan menyelinap ke hati. Segan kerana terlalu menurut kata hati.
Menatap gadis bukan muhrim seperti itu. Hingga membangkitkan kemarahan gadis
itu. Namun apakan daya. Dia sendiri tidak mampu mengawal penglihatannya
daripada menatap wajah yang telah mengambil tempat istimewa di hatinya itu.
Perlahan-lahan
Faizam menghembus nafas. Mencari kekuatan untuk menyampaikan niat hati.
Lalu dengan tekad bulat dia memanggung. Mahu menyuarakan salam perkenalan buat
gadis yang masih belum diketahui gerangannya. Seulas senyuman manis turut
diukir indah di bibir. Khas buat tatapan gadis istimewa.
Namun
senyuman Faizam serta-merta mati. Hati pula tersentak kuat tatkala mata sudah
terarah ke tempat sama. Dikerdip mata beberapa kali sebelum digenyeh pula
kelopak mata kemudian. Memastikan pandangannya tidak salah jauh sekali silap.
Namun keadaannya tetap serupa. Tiada sesiapa yang kelihatan di meja kosong itu
ketika ini. Gadis itu telah berlalu sebelum Faizam sempat bersuara walaupun
sepatah kata!
No comments:
Post a Comment