BAB
2
“FARAH, bila
kau sampai asrama?”
Buat
seketika langkah Farah terhenti.
“Pagi
tadi,” sahut Farah sebaik Haiza mendapatkannya.
Mereka
beriringan berjalan.
“Oh,
samalah kita,” balas Haiza.
“Dia
orang yang lain dah sampai ke?” soal Farah sambil mengerling sekilas gadis itu.
“Lynn
sampai semalam dengan Gina. Ikin macam biasalah, memang kat sini pun dia dengan
mak dia. Dia orang yang lain tu aku tak pasti pulak. Oh ya, Izrin Putri tak
ikut balik sekali ke Farah?” ujar Haiza.
“Apa
pulak tak ikut. Aku balik dengan dialah pagi tadi,” jawab Farah.
“Eh
Farah, petang nanti ada latihan bola tampar tau. Kau jangan tak datang,”
beritahu Haiza sambil memandang Farah yang sudah berkerut dahi.
“Latihan
bola tampar? Aku tak tahu pun ada latihan petang ni. Mana kau tahu?”
“Marya
beritahu aku. Dia dah naikkan notis kat papan kenyataan sekolah semalam. Kau
tak baca ke notis tu?”
Wajah
tercengang-cengang Farah ditatap lagi.
“Entah,
tak perasan pulak aku. Masa aku makan dengan dia kat dewan makan tadi, dia tak
cakap apa pun kat aku.”
“Dia
lupalah agaknya nak beritahu kau tu.”
“Tapi
takkanlah dia boleh lupa nak beritahu padahal dia ketua pasukan.”
“Alah,
macamlah kau tak tahu Marya tu. Bukan satu dua jawatan yang dia pegang kat
sekolah ni. Ketua pengawas, ketua pandu puteri, ketua kelab catur, semuanya
bawah tanggungjawab dia. Tak hairanlah dia lupa nak beritahu kau pasal ni kalau
dah banyak sangat benda yang yang ada dalam kepala otaknya tu.”
“Jadi
kau pergi tak petang nanti?” soal Haiza semula.
“Kalau
macam tu, aku pergilah nanti. Pukul berapa latihan tu mula?”
“Macam
biasa lepas Asar.”
Farah
mengangguk kecil.
“Hoi
kau orang!”
Teriakan
seseorang mengalihkan tubuh mereka, memandang ke arah datangnya teriakan itu.
“Kau
ni Ila. Ingat aku dan Farah tak ada nama ke hah? Sedap-sedap kau aje nak
panggil hoi. Tak bertamadun sungguh!” sergah Haiza sambil menjegil mata.
“Alah,
dari tadi aku terpekik terlolong panggil kau orang mengalahkan tarzan Malaya,
seorang pun tak berkalih. Last aku panggil hoi, dengar pulak telinga
pekak badak kau orang tu,” balas Laila selamba dalam mengah.
Dia
berlari-lari anak tadi.
“Telinga
kaulah yang pekak badak,” balas Haiza.
Dia
kembali melangkah bersama Farah.
“Kau
orang cakap pasal apa tadi?” tanya Laila, terus menyelit antara mereka.
“Pasal apa lagi kalau bukan pasal latihan bola tampar tulah. Eh, kau datang tak petang nanti Ila?” tanya Haiza, terus lupa pada marahnya.
“Pasal apa lagi kalau bukan pasal latihan bola tampar tulah. Eh, kau datang tak petang nanti Ila?” tanya Haiza, terus lupa pada marahnya.
“Insya-ALLAH
kalau tak ada apa-apa, aku pergilah nanti. Tu pun kalau aku ingat,” ujar Laila
sambil tersengih.
“Hei
kau ni Ila, tak habis-habis dengan perangai lupa kau tu. Entah semut atau
kerengga yang kau termakan pun tak tahulah aku sampai selalu benar kau terlupa.
Kau jangan tak datang Ila. Kau tu orang harapan pasukan kita. Tak ada kau,
boleh ranap pasukan kita tahu,” celah Farah sedikit tegas.
“Alah,
setakat aku yang tak ada dalam pasukan kita kira okey lagi Farah. Kau tu, dah
dikira wajib ada dalam pasukan kita tau. Kalau kau tak ada, jangan kata ranap,
berkubur teruslah pasukan kita. Kau kan lebih hebat bab nak score gol
ni.”
“Alah,
tak kiralah siapa pun yang paling hebat dalam pasukan kita. Tapi yang penting
sekarang, kau orang berdua kena datang latihan petang ni,” sampuk Haiza terus
mencekak pinggang.
“Ila,
lepas Asar nanti aku pergi bilik kau. Risau jugak aku kalau kau betul-betul
lupa datang petang ni. Kau Farah, tunggu kita orang kat padang. Jangan lupa
ajak Rin sama.”
Seakan-akan
memberi arahan, Haiza bersuara sedikit tegas.
“Baik
mem,” balas Laila sambil tersengih.
Haiza
hanya merengus kecil.
“Okey,
kalau macam tu kita jumpa petang nanti. Aku naik ke bilik dulu ya. Apa-apa hal
kau orang jangan lupa inform aku tau,” ujar Farah meminta diri.
Laila
dan Haiza mengangguk sebelum turut berpecah. Menuju ke bilik asrama
masing-masing.
No comments:
Post a Comment