Followers

Sunday, 6 October 2013

Sinopsis Bersatu Dalam Cinta


SINOPSIS BERSATU DALAM CINTA
Enam watak utama diselitkan dalam novel Bersatu Dalam Cinta ini. Kisahnya berkenaan tentang seorang duda bertemu seorang gadis, seorang teruna bertemu seorang balu dan seorang duda bertemu seorang janda.
Setelah lapan tahun pemergian Kamilia, Isma bertemu dengan Dania yang merupakan sepupu kepada arwah isterinya. Dengan raut wajah yang seiras dengan Kamilia, kewujudan Damia dalam keluarga bekas mertuanya menjadikan ingatan Isma semakin kukuh terhadap arwah isteri tercinta. Bagaimana pun, keadaan itu hanya sementara memandangkan tingkah dan perlakuan Damia begitu berbeza berbanding arwah Kamilia. Ternyata perbezaan itu berjaya memutikkan rasa cinta Isma terhadap Damia diam-diam.
Dalam masa yang sama, Damia turut menyimpan perasaan terhadap Isma. Namun cinta itu dipendamnya sendiri kerana dia tidak pasti sama ada Isma mencintainya kerana wajahnya yang seiras Kamilia ataupun kerana diri Damia sendiri. Dia sebenarnya baru pulang ke tanah air kerana ingin membantu ayah arwah Kamilia merangkap keluarga angkatnya menguruskan firma guaman beliau. Damia mengambil kesempatan itu untuk menyiasat semula kes kematian Karmila memandangkan Damia yakin, sepupunya itu meninggalkan bukan disebabkan kemalangan kereta tetapi kerana dibunuh seseorang.
Dengan bantuan Yusri iaitu kawan baik abangnya, Damia terus melakukan siasatan walaupun telah diugut beberapa kali oleh pembunuh sebenar Kamilia. Dalam masa yang sama, Damia telah bertemu semula dengan Wafi iaitu sahabat baiknya dari zaman kanak-kanaknya. Pertemuan itu berjaya membongkar kisah hidup Wafi yang menghilangkan diri dari kampung mereka setelah masing-masing meninggalkan zaman persekolahan.
Wafi adalah seorang balu yang baru saja mengikut keluarga mertuanya kembali menetap di Malaysia. Dia bertemu dengan Faris yang tinggal berjiran dengan rumahya. Begitupun, hubungan antara mereka dingin memandangkan Wafi tidak pernah menyambut salam perkenalan dari Fariz. Dengan bantuan mak dan adik perempuannya, Faris yang tidak pernah berputus asa cuba mendapatkan Wafi yang dianggapnya sebagai seorang gadis misteri dan sukar tersenyum. Kisah hidup sebenar Wafi terbongkar apabila satu hari, Fiza yang merupakan anak angkat dalam keluarga Faris telah kehilangan suaminya sekaligus membuka jalan kepada Wafi untuk meluah segala kisah silamnya pada mereka. Walau bagaimana pun keadaan itu tidak mematahkan semangat Faris untuk memiliki Wafi. Dengan nasihat keluarga dan kawan-kawannya, Faris terus cuba mendekati Wafi walaupun sedar Wafi tidak dapat menerima kewujudannya dalam hidup gadis itu.
Ainul dan Alia pula merupakan sepasang suami isteri yang telah berpisah selama lapan tahun. Walaupun telah lama bercerai namun mereka masih saling sayang- menyayangi. Namun kerana perasaan ego dan sukar mengalah membuatkan mereka saling memendam perasaan. Apatah lagi pertengkaran seringkali tercetus setiap kali mereka bersua muka sekaliguskan membingungkan kedua-dua keluarga Ainul dan Alia yang sentiasa berusaha menyatukan mereka semula.
Keadaan berubah apabila satu hari Ainul diperkenalkan pada Ruzana, seorang anak Datuk yang mempuyai projek kerjasama dengan syarikat ayah Ainul. Hubungan mereka menjadi semakin rapat manakala Alia pula tanpa sengaja telah berkenalan dengan Razman, pemilik sebuah butik pakaian di pinggir kota. Ketika kedua-duanya ingin berkahwin semula buat kali kedua, barulah kedua-dua Ainul dan Alia sedar, mereka masih saling mencintai dan tidak mampu menerima orang lain dalam hidup masing-masing.




No comments:

Post a Comment