Followers

Sunday, 6 October 2013

Sinopsis Cinta Sejati


SINOPSIS CINTA SEJATI

Zarif dan Zara merupakan sahabat baik sejak kecil. Atas permintaan keluarga, mereka dikahwinkan sebaik saja menamatkan pengajian dari luar negara. Oleh kerana mereka tidak dapat menerima perkahwinan itu, mereka telah mengambil keputusan untuk berpisah dan hidup berjauhan bertahun-tahun lamanya.
Selama berpisah, Zarif tinggal di Melaka dan bekerja sebagai doktor di sana. Di hospital, dia berkenalan dengan Intan yang dalam diam-diam jatuh cinta padanya. Namun tanpa pengetahuan Intan, Zarif mencintai Zara dan tidak dapat menerima kehadiran perempuan lain dalam hidupnya. Zarif juga tidak mengetahui Intan telah bertunang dan tunangannya juga merupakan doktor yang bertugas di hospital yang sama dengan mereka.
Manakala Zara pula berkenalan dengan Yashmaan apabila dia terlibat dalam projek pembinaan hotel milik Yashmaan. Hubungan mereka menjadi rapat dan menimbulkan rasa cemburu pada Mahfeez, teman sekerja Zara yang menyimpan perasaan pada wanita itu.
Yashmaan seorang anak muda yang dibesarkan tanap kasih sayang ibubapa. Namun kasih sayang yang melimpah dari Imran, abangnya telah membuatkannya membesar menjadi seorang anak muda yang degil dan keras hati. Disebabkan kerana tercabar dengan rakan-rakan, Yashmaan telah bertindak memikat Mia seorang gadis mulus dan suci hati. Namun begitu sikapnya yang suka berfoya-foya tetap tidak berubah. Dalam satu kejadian, Mia telah menyerahkan dirinya kepada Yashmaan demi menyelamatkan nyawa anak muda itu. Sayangnya Yashmaan tidak mahu bertanggungjawab dan meminta Mia mengugurkan kandungannya. Mia yang kecewa dengan sikap anak muda itu mengambil keputusan untuk menerima lamaran Adam, sahabat baik Yashmaan yang menyimpan perasaan padanya. Kecewa dengan tindakan Mia, Yashmaan yang telah menyesal membuat keputusan untuk berhijrah ke Dubai. Di sana, dia telah bekerja keras untuk membina perniagaan hotelnya sendiri dan berjaya melakukannya.
Mia yang telah mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi selepas kematian Adam yang terlibat dalam satu kemalangan tinggal bersebelahan rumah Zarif bersama ibunya. Hubungan mereka agak rapat memandangkan mereka berjiran.
Laila seorang gadis kampug merupakan anak kepada Idris dan Salmah. Dia selalu diganggu oleh seorang pemuda bernama Anas yang menyimpan perasaan padanya. Dalam satu kejadian Zarif telah menyelamatkan Laila dari mati lemas. Peristiwa itu menyebabkan hubungan antara Laila dan Zarif menjadi rapat dan ini menimbulkan rasa marah pada Anas.
Zarif yang tertekan dengan khabar angin tentang dirinya dan Intan telah mengambil keputusan untuk berpindah tempat bekerja. Dengan nasihat Mia, dia telah mengambil keputusan untuk meluahkan rasa cintanya kepada Zara dan meminta wanita itu pulang semula ke pangkuannya.
Zara yang selama ini menunggu Zarif menerima cintanya menerima khabar itu dengan gembira dan pulang semula ke Malaysia. Dia dan Zarif cuba untuk menyatukan semula Mia dan Yashmaan yang telah terpisah lama. 
Selepas menerima berita kematian ayahnya, Yashmaan pulang ke Malaysia dan bertemu dengan Zara di majlis kenduri kesyukuran yang dibuat oleh keluarga Zara dan Zarif. Di sana dia bertemu dengan Mia. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk melamar Mia menjadi isterinya. 

No comments:

Post a Comment