BAB
27
SETELAH seminggu
di Petaling Jaya, Julia ke Pulau Pinang. Bertemu Farah yang telah dua hari
pulang ke universiti bersama Faizam.
“Farah!”
Julia
terjerit sebaik terpandang kelibat Farah di muka pintu restoran. Farah terus
mendapatkannya.
Faizam
yang menghantar Farah pagi itu segera meminta diri. Sempat dia menjeling
sekilas Julia yang hanya memandang sepi kehadirannya.
“Kenapa
awak tak beritahu nak datang? Terkejut saya bila awak beritahu dah ada kat sini
tadi,” ujar Farah.
Mereka
berpeluk seketika.
“Alah,
saja nak buat kejutan kat awak. Awak sihat?” soal Julia lalu duduk semula.
“Alhamdulillah,
sihat macam biasa. Awak pulak macam mana?”
Farah
turut melabuhkan punggung. Mengadap gadis itu.
“Samalah
kita,” jawab Julia.
Perbualan
mereka terhenti seketika apabila pelayan datang mengambil pesanan.
“Awak
datang dengan apa? Naik flight ya?” soal Farah sebaik pelayan
berlalu.
“Haah
tapi saya dah sewa kereta. Saya nak ajak awak ronda-ronda Penang.”
“Boleh.
Saya pun tak ada kelas hari ni,” balas Farah sambil memandang pelayan yang
kembali bersama pesanan mereka.
“Dah
lama rasanya saya tak datang ke sini,” ujar Julia.
Dia
menarik nafas sambil menghalakan pandangan ke sekitar. Tidak ramai pengunjung
restoran itu ketika ini.
“Awak
selalu datang ke Pulau Pinang ke?” soal Farah.
“Selalulah
jugak tapi dululah. Masa sepupu saya belajar kat sini.”
“Oh
ya ke? Sepupu awak belajar kat mana dulu?” soal Farah.
Wajah
Julia dipandang lagi. Meneliti gadis seksi itu yang hanya berbaju merah terang
tanpa lengan dipadankan dengan seluar jean hitam. Ringkas namun tampak bergaya.
Cantik!
Hati Farah memuji.
“Dulu
dia belajar kat Sekolah Seri Putra kat Penang ni tapi sekarang dia dah sambung
pengajiannya kat Universiti Malaya,” terang Julia ringkas.
“Sekolah
Seri Putra? Sekolah Faizam tu,” ujar Farah ceria.
“Really?
Maknanya awak tahulah pasal sekolah tu?” soal Julia, teruja.
Farah
mengangguk laju.
“Apa
nama sepupu awak tu? Nanti saya tanya Faizam. Mana tahu dia kenal.”
“Namanya
Johan. Johan Johairi bin Jamaluddin.”
Suapan
Farah terhenti serta-merta. Wajah ceria Julia dipandang semula.
“Awak
sepupu Johan?” soal Farah, tidak percaya.
Bulat
mata Farah menatap Julia mengangguk. Agak kaget dengan jawapan itu.
“Awak
kenal ke dengan sepupu saya tu?” soal Julia pula.
Giliran
Farah mengangguk. Lambat-lambat.
“Dia
pun sepupu saya,” jawab Farah tenang.
“What?”
Mata
Julia telah terbuntang luas.
“Maksudnya
kita berdua ni sama-sama sepupu Johanlah ya? Wow, bestnya!”
Tanpa
sedar Julia terjerit girang.
“Tapi
kenapa Johan tak pernah beritahu dia ada sepupu secantik awak ya? Hmm...
mungkin dia lupa nak beritahu kut,” ulas Julia, membuat andaian sendiri.
“Betul
kata orang, dunia ni kecil aje. Saya selalu jugak balik ke Malaysia tapi tak
pernah nampak pun awak kat rumah Mak Ngah saya tu,” ujar Julia lagi.
Perlahan-lahan
Farah mengukir senyuman tawar.
“Saya
tak tinggal dengan mak ayah tapi tinggal dengan atuk dan nenek saya kat
Pahang,” balas Farah sayu.
Entah
mengapa hatinya sebak setiap kali berbicara tentang perkara itu.
Tanpa
menyedari perubahan riak di wajah gadis itu Julia mengangguk faham.
“Oh
macam tu. Patutlah Johan tak pernah cakap pasal awak kat saya. Dia pun agaknya
jarang berjumpa dengan awak. Iya tak Farah?” soal Julia.
Farah
mengangguk lagi.
“Oh
ya Julie. Lama lagi ke awak kat Malaysia ni?” soal Farah, mengubah arah bicara.
Tidak
mahu kisah dirinya diungkit keluar lagi.
“Lama
jugaklah kut. Mungkin dalam seminggu dua lagi. Kenapa Farah?”
“Oh,
tak adalah. Minggu depan saya akan bercuti semester seminggu. Jadi saya
terfikir nak ajak awak balik ke kampung atuk dan nenek saya kat Pahang tu. Itu
pun kalau awak sudilah,” pelawa Farah mesra.
“Hmm...
macam seronok aje bunyinya. Tengoklah macam mana. Kalau saya nak pergi, saya
beritahu awak ya.”
“HAI sayang.”
Ikhwan
yang baru selesai bermain tenis segera menoleh. Tersenyum dia pada Surina yang
mendapatkannya. Tubuh langsing gadis itu segera dipeluk erat. Kemudian diusap
pipi gebu itu.
“You
dari mana ni?” soal Ikhwan sambil melabuhkan punggung di bangku.
Surina
membantu lelaki itu mengelap tubuhnya yang kebasahan setelah hampir dua jam
memerah tenaga di gelanggang.
“I
dari rumahlah. Saja datang nak jumpa you. Rindulah,” rengek Surina sambil
merenung manja wajah lelaki itu.
“I
pun rindu jugak dengan you,” balas Ikhwan lembut walaupun di hati tiada
sebarang rasa buat gadis itu.
Malah
bayangan gadis itu juga semakin jarang berada di mindanya sejak kebelakangan
ini.
“Iya
ke you rindu? Habis tu kenapa tak call I?” soal Surina sambil
mencebik.
“I
baru terfikir nak call you tadi tapi you dah muncul. Jadi buat apa
lagi I nak callkan,” bohong Ikhwan.
Dia
tersenyum manis pada Surina yang tersenyum lebar tanpa tahu apa yang tertulis
di hatinya ketika ini.
“Jadi,
you free tak malam ni? Kita keluar ya nanti? Dah lama kita tak keluar
bersama. Boleh ya sayang?” rengek Surina manja.
“Sorrylah
sayang.I ada hal malam ni. Lain kali aje kita keluar ya,” tolak Ikhwan lembut.
Diusap
pipi Surina yang senang dengan perlakuan itu.
“You
ni, selalu macam tu tau.”
Surina
membentak lembut lalu menarik panjang muncung. Pura-pura merajuk.
“Sorrylah
sayang.I betul-betul ada hal malam ni. I kan sibuk
dengan business yang I lakukan sekarang. You pun tahu tentang tu,”
pujuk Ikhwan.
Dalam
mindanya telah terbayang wajah Lily yang sedia melayan kehendaknya malam nanti.
“Okey.
I janji lepas selesai aje kerja I malam nanti, I call you ya
sayang. Please, janganlah marah I. Senyumlah sikit sayang,” pujuk Ikhwan
lagi lalu mencuit dagu Surina.
Surina
mengangguk lalu kembali tersenyum. Senang dengan pujukan itu.
“I
minta diri dulu ya. Jangan lupa tau call I malam nanti,” pamit Surina
lalu bangun.
Dia
mencubit pipi anak muda itu sebelum berlalu pergi.
Ikhwan
tersenyum mengangguk. Senang dengan sikap Surina yang jarang membantah
kata-katanya. Sama seperti gadis-gadis lain yang sering didampinginya. Namun
dia teringatkan seseorang yang kini masih menjadi buruannya. Seseorang yang
telah bertahun-tahun dikejar namun masih tiada tanda dia akan dapat
memilikinya. Farah!
Sehingga
kini dia masih mengejar gadis itu. Walaupun mereka jarang-jarang bersua seperti
zaman persekolahan dulu namun setiap pergerakan Farah berada dalam
pengetahuannya. Kedudukan kolejnya yang terletak tidak jauh dari tempat Farah
berada kini memudahkannya mengetahui segala perkara berkenaan gadis itu.
Separuh
kekayaan keluarga yang telah berpindah ke tangannya membuatkan Ikhwan tidak
punya masalah mengupah sesiapa saja untuk mengikut telunjuknya. Apatah lagi dia
kini terlibat dengan perniagaan yang menjanjikan keuntungan lumayan. Begitu
lumayan hingga mampu memberikannya keuntungan berganda dalam sekelip mata.
Membuatkan Ikhwan kembali melebarkan senyuman puas.
FAIZAM tersandar
lemah di dinding bangunan. Longlai segala sendinya. Terasa nyawanya melayang
seketika walaupun dia masih bernafas ketika ini. Terketar-ketar tangannya
mencapai kepala bangku tidak jauh darinya sebelum tubuhnya disandar di
bangku kayu itu. Cuba menenangkan kembali hati yang dipagut kesakitan amat
sangat sebentar tadi. Ditarik nafasnya beberapa kali.
Sebaik
dia meninggalkan Farah bersama Julia beberapa jam lalu, dia merayau-rayau dalam
bangunan KOMTAR. Sekadar untuk mengisi masa lapang. Dia baru melangkah keluar
dari kedai buku tatkala terpandang wajah itu. Wajah igauannya saban malam.
Wajah yang sehingga kini masih bersikap dingin dan kaku dengannya walaupun dia
tidak pernah putus asa dengan keadaan itu.
Gembira
dengan pertemuan tidak disangka itu, dia segera melangkah. Mendapatkan Balkis
yang duduk membelakanginya. Sambil itu ligat mindanya menyusun ayat-ayat yang
bakal diluah buat gadis itu. Namun langkah Faizam terhenti tatkala seorang
lelaki tiba-tiba muncul di situ lalu memeluk erat tubuh Balkis yang membalas
kejap. Mereka berbual-bual seketika sebelum sama-sama berlalu dari situ.
Faizam
terkaku. Berkali-kali kelopak mata digenyeh. Memastikan gadis itu benar-benar
Balkis dan bukan orang lain. Hatinya begitu yakin, gadis itu adalah gadis
impiannya. Gadis yang menjadi pujaannya sejak sekian lama.
Segala
rasa bercampur aduk dihatinya. Marah, geram, pilu, sebak, semuanya bergaul
rata. Menjadikan Faizam berkeadaan sebu saat ini. Sebu mengenangkan cinta yang
tidak kesampaian. Cinta yang selama ini ditatang umpama minyak penuh. Tidak
setitik pun dibenarkan tumpah. Dan kini semua itu tidak berguna lagi setelah
orang disayangi dimiliki orang lain. Hatinya merintih.
No comments:
Post a Comment