BAB
28
FARAH memperlahankan
kayuhan tatkala basikalnya membelok masuk ke laman rumah Haji Rahman. Rasa
kaget menyapa hati saat terpandang sebuah kereta sport merah hati tersadai di
laman.
Sambil
memarkir basikal di bawah pohon mempelam, mindanya ligat berfikir. Serasa dia
pernah melihat kereta itu sebelum ini namun entah di mana dia sendiri telah
lupa. Lambat-lambat Farah menghampiri kereta yang tidak diketahui pemiliknya.
“Hah,
dah balik pun kamu Farah. Ni kawan kamu baru aje sampai tadi. Dari Petaling
Jaya katanya.”
Teguran
itu membuatkan Farah tersentak. Dipandang Hajah Aminah yang entah bila muncul
di muka pintu rumah.
“Kawan
Farah? Siapa nek?”
Farah
semakin hairan.
“Farah, surprise!”
jerit Julia yang tiba-tiba muncul di muka pintu rumah.
Julia
berlari mendapatkan Farah sebelum tubuh gadis itu dipeluk erat.
Lambat-lambat
Farah membalas. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini.
Terkebil-kebil dia memandang Julia yang meleraikan pelukannya.
“Kenapa
Farah? Terkejut ya tengok saya kat sini?” tanya Julia lalu tertawa kecil.
“Bukan
aje terkejut tapi tak percaya awak ada kat sini,” balas Farah perlahan-lahan
sambil tersenyum.
Sempat
dia mengerling Hajah Aminah yang menggeleng melihat tingkah laku mereka.
Kemudian wanita itu berlalu ke dalam rumah semula.
“Well,
bukan ke awak yang jemput saya ke sini? Takkanlah saya nak tolak pelawaan kawan
saya pulak. Lagipun tak ada apa-apa yang boleh saya buat kat PJ tu.”
“Tapi
kalau iya pun, beritahulah saya dulu. Bolehlah saya sediakan apa-apa yang patut
untuk awak,” ujar Farah, gembira dengan kunjungan gadis itu.
“Ala,
nak sedia apanya. Saya bukannya artis atau orang ternama nak kena sediakan
segalanya sebelum ke mana-mana,” seloroh Julia sambil tersenyum lebar.
“Bila
awak sampai?” soal Farah sambil mengelap peluh di dahi.
Dia
baru pulang dari rumah keluarga angkatnya setelah hampir seharian menghabiskan
masa di situ.
“Baru
aje. Pening jugak saya nak cari rumah atuk awak ni tadi. Mujur budak-budak
kampung yang duduk melepak kat simpang depan tu beritahu arah rumah ni. Kalau
tak, entah ke manalah saya dah sampai tadi.”
Julia
tertawa kecil sambil memandang sekeliling.
“Tu
rumah apa Farah?” tanya Julia sambil menuding jari ke satu arah.
Farah
turut menoleh.
“Oh,
tu bukan rumah tapi bilik mandi. Bezanya bilik mandi tu tak guna air paip macam
bilik mandi dalam rumah tapi guna air telaga yang ada kat dalam situ.”
“Oo...
you mean mata air?” soal Julia, tidak percaya.
“Lebih
kurang macam tulah,” jawab Farah sambil mengangguk kecil.
“Hmm...
boleh tak kalau saya nak mandi kat situ?” soal Julia tiba-tiba.
Senyuman
Farah mati serta merta. Terkejut.
“Awak
nak mandi kat situ?” soal Farah, tidak percaya.
“Kenapa?
Tak boleh ke?”
“Eh,
bukan tak boleh tapi awak biasa ke mandi air telaga? Airnya sejuk tahu. Sejuk
sangat-sangat macam air batu,” ujar Farah sungguh-sungguh.
“Ala,
tak kisahlah sejuk macam mana pun, saya nak mandi jugak kat situ. Alang-alang
saya dah sampai sini, apa salahnya kalau saya cuba mandi dengan air telaga awak
tu.”
Julia
mula menapak mendapatkan tempat mandi yang tertutup rapat pintunya.
“Nanti
saya ambilkan tuala ya,” ujar Farah apabila Julia membuka pintu zink tempat
mandi itu.
Julia
hanya mengangguk sebelum hilang di balik pintu.
Perhatian
Farah teralih tatkala telinga menangkap bunyi motosikal. Dipandang Faizam yang
baru nampak kelibatnya. Kebiasaannya lelaki itu rajin membanting tulang di
ladang keluarga angkat Farah setiap kali pulang bercuti.
“Kau
buat apa kat sini Farah?” soal Faizam sebaik terpandang gadis itu masih berdiri
di sebelah kereta sewa Julia.
Motosikal
yang telah dimatikan enjinnya diparkir bersebelahan basikal gadis itu.
“Ni
kereta siapa pulak? Tak pernah pun aku tengok sebelum ni,” ujar Faizam lagi
tanpa sempat Farah menjawab pertanyaannya.
Dibelek-belek
seketika kereta sport yang tersadai di depan mereka.
“Ni
kereta kawan aku,” jawab Farah sambil tersenyum kelat.
“Kawan?
Siapa pulak kawan kau tu?”
Faizam
mengerutkan dahi sambil mengelap wajah basahnya dengan tapak tangan.
Terpamer keletihan di raut wajahnya.
“Adalah,
nanti kau tahu jugak,” ujar Farah, sengaja tidak mahu berterus terang.
Faizam
hanya mengangguk. Rasa letih dan panas yang melekit ditubuh membuatkan dia
malas menyambung bicara lagi. Diatur langkahnya ke bilik mandi namun terhenti
apabila Farah cepat-cepat menghadang laluannya.
“Zam,
kau mandi kat dalam ajelah ya hari ni,” pinta Farah lembut.
Faizam
kembali mengerutkan dahi.
“Kenapa
pulak aku tak boleh mandi kat luar? Selalunya aku mandi kat situ tak ada
apa-apa masalah pun,” balas Faizam, hairan.
Tidak
pernah-pernah Farah bersikap seperti itu sebelum ini.
“Bukan
tak boleh mandi Zam tapi kawan aku tengah mandi kat situ sekarang. Takkan kau
nak mandi dengan dia pulak,” seloroh Farah.
Faizam
terus menjongket kening. Tajam matanya merenung Farah. Farah masih tegak
berdiri di depannya sambil tersengih lebar.
“Siapa
sebenarnya kawan kau tu hah Farah? Setahu aku, tak pernah ada kawan-kawan kau
yang teringin nak mandi air telaga tu setiap kali dia orang datang ke sini. Apa
dah buang tabiat ke kawan kau yang seorang ni?” soal Faizam serius.
“Yang
ni lain sikit Zam. Dia tak pernah tengok telaga pun sebelum ni. Sebab tulah dia
teringin sangat nak mandi kat situ,” jawab Farah terkial-kial.
“Siapa
kawan kau tu? Kenapa susah sangat kau nak cakap kat aku ni hah?” soal Faizam
lagi sambil mencekak pinggang.
“Kau
janji kau tak marah kalau aku cakap?”
Soalan
Faizam tidak dijawab tetapi Farah pula menyoal.
Merenung
meminta simpati.
Faizam
kembali merengus. Dia melepaskan nafas pendek.
“Okey,
aku tak marah. Siapa kawan kau tu?” soal Faizam semula.
Kali
ini dengan nada lembut.
“Julie.”
Jawapan
pendek Farah membuatkan mata Faizam terbeliak serta-merta.
“Apa?
Maksud kau puntianak tu? Dia datang ke sini? Dia yang tengah mandi kat dalam
bilik mandi tu?” soal Faizam bertubi-tubi.
Farah
mengangguk berkali-kali. Seiring dengan setiap pertanyaan Faizam.
“Zam,
aku minta sangat-sangat pada kau. Kau janganlah bergaduh dengan Julie kat sini.
Tak larat aku nak jelaskan pada atuk dan nenek kalau dia orang tanya nanti.
Tolong ya Zam,” rayu Farah sungguh-sungguh.
“Bukan
pada aku yang patut kau minta tapi pada puntianak tu,” balas Faizam lalu
menghembus nafas kasar.
“Berapa
lama puntianak tu nak tinggal kat sini?” soal Faizam lagi dengan muka tegang.
Farah
menjongket bahu.
“Entah,
lupa pulak aku nak tanya dia tadi,” jawab Farah.
“Farah,
tolong saya sekejap!”
Jeritan
Julia kedengaran tiba-tiba dari bilik mandi. Farah dan Faizam berpaling hampir
serentak.
“Hah,
lebih baik kau pergi tengok puntianak tu. Entah-entah dia dah jatuh kat dalam
telaga. Kalau betul-betul jatuh pun elok jugak. Timbus aje tanah dalam telaga
tu. Taklah kita susah payah nak korek lubang kubur untuk dia nanti,” ujar
Faizam selamba sebelum sempat Farah menyahut panggilan gadis itu.
“Kau
ni Zam, betullah celopar. Mujur dia tak dengar. Kalau tak entah apa pulak yang
dia cakap nanti,” marah Farah.
Dia
segera berlalu berlalu dari situ untuk mendapatkan Julia yang kembali memekik
buat kali kedua.
Faizam
hanya merengus kecil sebelum menapak ke anak tangga rumah.
“MAMA buat
apa tu?”
Puan
Sri Fariha segera menoleh. Dia tersenyum pada Johan yang baru melangkah masuk
ke ruang dapur.
Johan
mendapatkan Puan Sri Fariha sebelum tubuh mama kesayangannya dipeluk erat.
“Mama
nak buat kek coklat sikit. Ayah kamu nak makan malam nanti.”
“Rajin
mama buat kek untuk ayah. Suruh ajelah pembantu rumah kita yang buatkan. Apa
guna ayah gajikan tiga orang pembantu rumah kalau seorang pun tak boleh tolong
mama buat kek,” ujar Johan sambil menopang dagu di bahu Puan Sri Fariha.
“Ayah
kamu bukan macam orang lain Johan. Nama aje ada pembantu rumah, nak mama jugak
yang siapkan makan pakainya. Mana dia nak orang lain yang buatkan.”
“Tu
tandanya ayah sayang sangatlah pada mama. Esok-esok kalau Johan dah kahwin pun
Johan nak isteri Johan yang buatkan. Buat apa ada isteri kalau nak masak untuk
suami sendiri pun tak mahu.”
Johan
meleraikan pelukannya. Dia menapak ke meja di tengah ruang sebelum melabuhkan
punggung di situ. Tangannya mencapai sekeping biskut bijirin dari dalam balang
lalu mula mengunyah. Dikalih pandangannya pada mamanya tatkala teringatkan
sesuatu.
“Oh
ya ma, Johan tak nampak pun Julie sepanjang hari ni. Dia pergi mana?”
“Dia
ke Pahang. Katanya nak jumpa Farah kat sana,” ujar Puan Sri Fariha sambil
menuang bahan yang telah siap diadunke dalam bekas loyang sebelum disumbat
masuk ke dalam ketuhar gelombang mikro.
Johan
mengerutkan kening.
“Julie
ke Pahang? Maksud mama Julie ada kat kampung atuk Man sekarang?” soal Johan,
tidak percaya.
“Yalah,
atuk kamu yang mana lagi,” jawab Puan Sri Fariha lalu turut melabuhkan
punggung.
“Tapi
ma, dia pergi naik apa? Kereta Johan ada kat luar tu. Kereta mama pun ada kat
dalam garaj,” ujar Johan sambil mengunyah biskut.
“Dia
sewa kereta lain. Tahu ajelah perangai sepupu kamu tu. Mananya dia nak pakai
kereta murah macam kereta kita ni. Maklumlah, anak orang kaya.”
Puan
Sri Fariha menjuih bibir sedikit. Namun dia kembali mengukir senyuman. Teringat
pada sesuatu yang telah lama bersarang di mindanya.
“Johan,
kalau mama tanya sesuatu kamu jawab dengan jujur ya.”
Mata
Puan Sri Fariha sudah menatap Johan. Anaknya itu sedikit ralit menikmati biskut
kesukaannya.
“Mama
nak tanya apa?” soal Johan.
“Apa
pendapat kamu tentang Julie?” soal Puan Sri Fariha tidak lama selepas terdiam
seketika.
Menyusun
ayat terbaik untuk diluahkan pada anak kesayangan.
“Julie?
Kenapa dengan Julie ma?” soal Johan, tidak faham.
Puan
Sri Fariha merengus kecil.
“Tak
ada apanya yang jadi dengan budak tu. Cuma mama nak tahu pendapat kamu tentang
Julie. Tu aje.”
“Pendapat
Johan tentang Julie?” tanya Johan, meminta kepastian.
Puan
Sri Fariha mengangguk laju.
“Biasa
aje dia tu. Kenapa ma?” soal Johan setelah berfikir seketika.
“Biasa
aje pada kamu?”
Suara
Puan Sri Fariha kedengaran sebal.
“Yalah
ma, takkan luar biasa pulak,” ujar Johan, tidak faham.
Dia
kembali bersuara apabila mamanya mengeluh perlahan.
“Pada
Johan, Julie tu sama aje macam kawan-kawan Johan yang lain. Budaknya baik, ada
jugaklah budi bahasanya walaupun tak sebanyak mana. Cuma tulah yang buat Johan
kadang-kadang tak suka sangat dengan dia,” kata Johan lalu mendengus.
“Apa
dia?”
Laju
saja Puan Sri Fariha bertanya. Mahu benar hendak tahu.
“Julie
tu suka sangat pakai pakaian seksi, ketat. Pendek pulak tu. Malu Johan nak bawa
dia ke mana-mana,” rungut Johan.
“Tapi
kamu boleh tegur dia kalau kamu tak suka kan.”
“Hisy,
tak naklah Johan. Macamlah mama tak tahu sikap Julie tu. Pantang ditegur,
melenting terus. Entah macam manalah agaknya esok-esok laki dia nak tegur kalau
dia buat salah,” rungut Johan lagi.
“Johan
tak nak ke kahwin dengan Julie tu?”
Saja
Puan Sri Fariha menyoal begitu. Mahu tahu isi hati anaknya sekaligus
merealisasikan impian yang bersarang di kepala sejak dulu. Namun berkubur
jadinya apabila mendengar kata-kata Johan.
“Huh,
jangan kata nak kahwin, nak buat girlfriend pun Johan tak nak.
Bukanlah Johan memilih tapi kami berdua berbeza sangat. Macam langit dengan
bumi. Daripada kahwin dengan Julie baik Johan kahwin dengan anak Pak Cik Rashid
yang jual burger kat simpang perumahan kita ni. Sehitam-hitam dia tu pun tahu
jugak nak tolong mak dan ayah dia cari duit.”
Jawapan
itu membuatkan Puan Sri Fariha mengeluh panjang.Terasa impiannya berkecai
sedikit demi sedikit sebelum hancur sepenuhnya.
“Kenapa
tiba-tiba mama mengeluh? Mama tak sihat ya?”
Pertanyaan
Johan menyentak Puan Sri Fariha daripada lamunan. Dia tidak tahu apa yang
sedang berkeliaran di minda mamanya ketika ini.
Segera
Puan Sri Fariha menggeleng.
“Eh,
taklah. Mama penat sikit aje. Kejap Johan, mama nak tengok kek coklat ayah kamu
tu dah masak ke belum.”
Puan
Sri Fariha bergegas bangun menuju ke ketuhar gelombang mikro di sudut dapur.
Johan
hanya mengangkat bahu melihat tingkah laku mamanya. Dia kembali ralit dengan
biskut di tangannya.
No comments:
Post a Comment