BAB
21
“AMBOI, jauh
berangan. Dah sampai rumah ke?”
Johan
tersentak. Dipandang Iskandar yang sudah melabuhkan punggung di sisinya.
“Kau
dah habis kemas barang ke?” tanya Iskandar lagi.
“Tinggal
nak angkut balik ke rumah aje,” jawab Johan.
“Kau
ingat siapa tadi? Nisda ya?” usik Iskandar sambil tersenyum nakal.
“Hisy
kau ni. Kalau sehari tak sebut nama tu, agaknya tak lengkap hidup kau tu ya,”
rengus Johan lalu menyandar tubuh di kepala katil.
“Aku
bukan apa Han. Kau tu lama benar termenungnya. Macam sedih pun ada. Maklumlah,
nanti kita dah tak tinggal kat sini. Tak bolehlah kau jumpa Nisda lagi lepas
ni,” usik Iskandar lagi.
“Tak
jumpa terus pun tak apa Is. Selamat sikit hidup aku. Tak payah telinga aku
dengar cakap-cakap merepek kau orang tu lagi,” balas Johan cepat-cepat.
“Hei
kau orang, Adib mana ya? Aku tak nampak pun dia dari tadi,” ujar Danny.
“Buat
apa kau cari dia Danny?” soal Iskandar.
“Aku
nak tanya dia sama ada dia nak lagi ke tak set geometri dia ni. Kalau aku
buang, dia cari pulak nanti.”
“Kau
letak aje atas meja dia. Nanti pandai-pandai dialah nak buat apa pun dengan
benda tu,” sampuk Afiq yang turut mengemaskan barang-barangnya.
“Adib
pergi mana sebenarnya? Dah petang-petang macam ni pun aku tak nampak batang
hidung dia,” ujar Danial, hairan.
“Biasalah
dia tu. Kalau sehari tak jumpa Anne, tak senang duduk dia,” jawab Nazrin.
Dia
membaringkan tubuhnya di katil. Melepaskan lelah seketika.
“Untunglah
kau Afiq, dapat bakal kakak ipar cantik macam Anne tu. Dahlah cantik, seksi
pulak tu,” ujar Iskandar.
Dia
bangun lalu membantu Danial menyusun buku-bukunya ke dalam kotak.
“Untung
apanya. Kalau aku jadi Adib, mahu pening kepala aku dengan Anne tu,” celah
Nazrin sebelum sempat Afiq bersuara.
“Apasal
pulak?” soal Johan, ingin tahu.
“Mahu
tak pening. Dapat awek macam tu punya seksi. Pergi mana pun, ada aje yang
pandang. Kena pulak Anne tu jenis peramah dan manja orangnya. Lagilah tak
senang duduk dibuatnya,” jawab Nazrin selamba.
“Tapi
aku rasa bukan Anne yang akan jadi kakak ipar aku nanti,” ujar Afiq selamba.
Kata-kata
itu membuatkan semua mata tertancap ke arahnya. Terkejut.
“Kenapa
kau cakap macam tu?” tanya Iskandar cepat-cepat.
“Kalau
kau orang nak tahu, sampai ke hari ni aku tak faham sebab apa Adib boleh jatuh
cinta kat Anne. Nak kata sebab Anne cantik, Adib bukannya jenis lelaki yang
pandang sangat semua tu. Kalau sebab Anne anak orang kaya, keluarga kami
pun tak kurang. Malah lebih lagi daripada keluarga Anne. Entahlah,” jelas Afiq.
“Habis,
apa kena mengena semua tu dengan kata-kata kau tadi?” soal Danial.
“Aku
dapat rasakan yang Adib tak betul-betul cintakan Anne sebenarnya. Adib mungkin
tertarik pada kecantikan Anne, tingkah laku dia atau apa aje tapi bukan rasa
cinta macam yang dia fikirkan selama ni,” luah Afiq.
“Tapi
kalau betul Adib tak cintakan Anne, kenapa dia masih nak bersama Anne sampai ke
hari ni?” tanya Iskandar pula.
“Mungkin
Adib sayang nak putuskan hubungan mereka. Yalah, dia dengan Anne kan dah tiga
tahun bercinta. Takkanlah dia nak putuskan hubungan dia orang macam tu aje,”
luah Johan, memberi pendapat.
“Huh,
apa guna bercinta bertahun-tahun kalau tak ada jodoh. Dari buang masa lebih
baik berkenalan sekejap lepas tu terus kahwin. Hati pun tak sakit, masa tak
terbuang, duit pun tak habis belanja awek selalu,” ujar Nazrin.
“Tapi
kenapa kau tak cakap semua ni pada Adib?” soal Johan semula.
“Masalahnya
Han, aku tak fikir abang aku tu boleh terima semua ni. Yalah, dia kan tengah
mabuk bercinta sekarang. Kalau aku cakap pun belum tentu dia nak percaya. Silap
hari bulan dia kata aku tak suka Anne pulak.”
“Jadi
kau nak buat apa sekarang ni?” soal Iskandar.
“Aku
rasa, biarlah Adib dengan dunianya tu. Sampai masa nanti dia akan sedar yang
dia sebenarnya tak cintakan Anne tapi orang lain. Waktu tu aku harap dia dan
Anne masih boleh berkawan baik walaupun tak jadi suami isteri.”
“KAN bagus
kita selalu keluar ramai-ramai macam ni. Baru seronok,” ujar Raymond lalu
menyedut sedikit minumannya.
“Kau
memanglah suka sangat keluar ramai-ramai macam ni. Senang nak cuci mata.
Tambah-tambah kalau Gina ikut sekali. Iya tak Gina?” usik Jeslynn sambil
menyiku lembut lengan Regina yang telah memerah wajahnya.
“Hisy
kau ni.Tak pasal-pasal babitkan aku pulak,” balas Regina malu-malu.
“Kau
jangan mengata Ray dan Gina. Kau pun sama aje. Suka ambil kesempatan macam ni
nak jumpa James sampai tak tidur malam jadinya,” usik Asyikin.
Semua
yang ada mengekek ketawa.
“Alah,
tak kisahlah semua tu. Yang penting kita dapat berkumpul ramai-ramai dan
harap-harapnya sampai bila-bila pun kita masih boleh macam ni,” sampuk Marya.
“Betul
tu. Aku rasa kita masih boleh buat macam ni memandangkan kita semua akan
belajar kat universiti yang sama nanti,” ujar Haiza pula.
“Kalau
macam tu ada harapanlah Raymond dan James nak keluar dating selalu
dengan Regina dan Jeslynn,” usik Farah pula.
Tawa
mereka kembali meletus semula.
Sempat
Farah mengerling sekilas Faizam di sisi. Sejak tadi mata anak muda itu hanya
melekat pada Balkis yang duduk mengadapnya tanpa mempedulikan reaksi dingin
Balkis.
Balkis
pula langsung tidak senang dengan renungan itu. Sesekali terlepas jelingan
tajamnya pada Faizam namun anak muda itu hanya berwajah selamba. Seolah-olah
tidak terkutik dengan jelingan berupa amaran itu.
Farah
pula hanya mampu melihat. Mengerti Faizam sering berkelakuan demikian setiap
kali dia dan Balkis bersua muka. Merenung gadis itu tanpa segan.
“Kau
pun jangan nak kata kat dia orang berdua ni Farah. Kau pun sama jugak. Kalau
kita semua selalu berjumpa macam ni maknanya kau pun ada peluang nak dapat
kakak ipar tak lama lagi,” ujar Laila.
Semua
mata lalu berpaling ke arah Farah.
“Maksud
kau?” tanya Farah.
Namun
dia terus mengerti apabila terpandang Marina dan Irwan Putra yang hampir
serentak menunduk sebelum berpaling ke arah lain.
“Ya
tak ya kan? Lupa pulak aku pasal tu,” balas Farah sambil tersenyum lebar.
“Nampaknya
ada harapanlah aku dapat kak ipar dalam masa terdekat ni. Iya tak bang Chik?”
soal Farah.
Dia
sengaja mengusik Irwan Putra yang semakin memerah wajah.
“Kalau
dah macam tu keadaannya, memang sahlah kau dapat kakak ipar tak lama lagi
Farah,” sakat Haiza juga pada kedua-duanya yang diam dan pemalu itu.
“Tapi
aku harap kau orang tak kahwin sekarang ya. Biarlah sampai kita semua dapat
ijazah dulu. Lagipun susah kalau kau orang kahwin sekarang,” giat Marya pula.
“Eh,
apa pulak susahnya? Kalau dah sama-sama suka, kahwin ajelah,” ujar Asyikin,
hairan.
“Mestilah
susah. Nanti orang lain sibuk study, Irwan dengan Marina sibuk jaga anak,”
balas Marya.
Tawa
mereka kembali meletus.
Irwan
Putra dan Marina hanya menggeleng lalu tertunduk malu. Semakin segan dengan
usikan teman-teman.
“Hei
Zam, kau kenapa? Sepanjang hari ni kau diam aje. Kau tak sihat ke?”
Pertanyaan
Laila menyebabkan semua mata terarah pada Faizam pula.
“Tak
adalah. Aku ok...ey aje,” jawab Faizam tergagap-gagap.
Terkejut
sebenarnya dengan soalan tiba-tiba itu.
“Iya
ke okey? Semacam aje aku tengok kau. Selalunya mulut laser kau tu bukan main
bising. Macam bertih kena goreng. Tup-tup hari ni kau diam aje. Apa kau
tertelan batu ke sebelum ke sini tadi?” ujar Marya mengenakan anak
muda itu.
Ketawa
masing-masing kembali meletus.
Faizam
hanya membuat muka kelat. Dia masih membiarkan matanya meneliti wajah Balkis
yang telah berkali-kali merengus halus.
“Tak
payah kau buang masa bercakap dengan Faizam tu Marya. Otak dia tengah mereng tu
sekarang. Buat habis air liur kau aje cakap dengan dia. Ni aku nak tanya, kau
orang dah buat apa-apa persediaan untuk ke universiti nanti?” soal Farah,
sengaja menukar topik.
Tahu
Faizam berada di awang-awangan ketika ini. Tidak perlu diberitahu, melihat
tingkah laku terpinga-pinga Faizam pun sudah cukup menjadikan Farah faham
keadaan sahabat baiknya itu.
“Persediaan
apanya Farah. Sedia otak ajelah nak bawa ke sana pun. Kalau nak beli barang
rasanya taklah kut sebab barang-barang kita kat sekolah tu pun masih boleh
digunakan lagi,” balas Asyikin sebelum dijawab orang lain.
Masing-masing
mula memberi pendapat dan cadangan. Laila yang duduk di sisi Balkis turut becok
memberi pendapat. Sesekali ekor matanya melilau ke sekeliling restoran terbuka
tempat mereka berada sekarang. Dia baru mahu mengalihkan perhatian apabila
terpandang sepasang kekasih di satu sudut restoran. Adib dan Puteri Anne. Segera
Laila berpaling ke arah lain tatkala matanya bertembung dengan pandangan Adib.
Tidak selesa dengan renungan anak muda itu. Tajam semacam.
Laila
turut bergegas bangun meninggalkan tempat itu apabila mereka yang lain mula
menapak keluar. Tidak peduli pada Adib yang dalam diam sudah tersenyum sendiri.
Geli hati melihat tingkah laku gadis itu.
Best Online Casino in Malaysia 2021 - Login | Kadangpintar
ReplyDeleteBest online 온카지노 casino in Malaysia 2021. Join the fun of betting at the best online casino Malaysia today!