BAB 15
“KAMU
dah Solat Isyak Wafi?” Encik Musaid bertanya sebaik sahaja ternampak
kelibat anak perempuannya turun dari tingkat atas rumah malam itu.
Wafi
mengangguk kecil.
“Dah
ayah,” sambutnya terus ke ruang tamu. Perlahan-lahan dia merebah tubuh di sisi
Puan Ainun.
“Kamu
pergi mana petang tadi Wafi? Lewat jugak kamu sampai ke rumah.” Lembut wanita
itu bertanya seraya menatap wajah tenang itu.
“Wafi
keluar beli barang-barang lukisan kat tengah bandar tadi,” jawabnya sopan.
Dia
terus mengalih mata pada ayahnya bila lelaki itu pula melontar soalan.
“Kenapa
tak bagitahu ayah Wafi nak keluar? Boleh ayah tolong hantarkan.” Nada suara
Encik Musaid kedengaran sedikit risau. Sama seperti isterinya.
“Betul
kata ayah kamu tu Wafi. Terkejut jugak mak pagi tadi bila Wafi bagitahu Wafi
nak keluar ke bandar. Kata sekejap saja tapi dah petang baru nampak muka.
Dahlah Wafi terlupa nak bawa telefon bimbit Wafi tadi. Mana tak risau kami
dibuatnya.”
Wajah
Puan Ainun sudah memperlihatkan riak bimbang yang sejak tadi tidak dapat
disembunyikannya. Wafi tersenyum sikit.
“Wafi
mintak maaf sebab buatkan mak dan ayah susah hati. Tapi Wafi sebenarnya tak nak
susahkan ayah. Wafi tahu jugak jalan-jalan kat area bandar ni walaupun
Wafi tak pernah ke sini sebelum ni. Kalau Wafi sesat sekalipun Wafi boleh tanya
pada orang ramai.
Bukankah
rakyat Malaysia terkenal dengan keramahan mereka? Jadi mak dan ayah tak
payahlah bimbang ya. Tahulah Wafi jaga diri Wafi sendiri. Apapun Wafi mintak
maaf sekali lagi sebab terlupa bawa telefon tadi. Wafi tak sengaja
tinggalkannya kat rumah. Wafi janji lain kali Wafi tak buat begitu lagi,” pujuk
Wafi turut menyelit ucapan maaf atas kecuaiannya siang tadi.
“Kami
bukannya apa Wafi. Kami bimbang kalau-kalau terjadi apa-apa yang tak elok pada
kamu. Lainlah kalau kamu keluar dengan kawan-kawan ke, ada teman ke, taklah
kami bimbang sangat.” Puan Ainun meluah lagi rasa hatinya.
Wajah
tenang gadis itu masih menjadi habuan matanya. Skrin televisyen di depan mereka
tidak lagi mendapat perhatian dia suami isteri. Begitu juga Wafi.
“Wafi
mintak maaf sekali lagi mak, ayah kerana Wafi telah susahkan hati mak dan ayah.
Wafi janji Wafi takkan buat mak dan ayah risau pasal Wafi lagi nanti.” Buat
kali kedua Wafi mengikat janji dengan mengulangi semula kata-katanya.
Kedua-dua
orang tuanya perlahan-lahan mengangguk seraya tersenyum panjang. Senang dengan
tingkah Wafi yang sejak dulu begitu mudah mengaku kesilapannya biarpun atas
perkara-perkara kecil.
“Tak
apalah mak, ayah, Wafi masuk tidur dulu ya. Penat rasanya badan Wafi ni setelah
seharian berjalan-jalan kat bandar tu.”
Dia
meminta diri lalu menyalami kedua-dua orang tuanya.
Mereka
kembali mengangguk sedangkan bibir kedua-duanya terus memintal senyuman.
“Abang
dah pergi tengok rumah arwah Wahid?” soal Puan Ainun sebaik sahaja Wafi hilang
dari pandangan mereka. Terus saja matanya menebak wajah lelaki itu.
Perlahan-lahan
suaminya mengangguk kecil.
“Ada
abang pergi beberapa hari lepas tapi abang tengok dari jauh sajalah.
Alhamdulillah, nampaknya Ghaffar menjaga rumah tu dengan baik.” Perlahan saja
dia menyahut.
Bimbang
juga andai isi perbualan mereka ketika ini didengari sesiapa terutamanya anak
gadis mereka. Sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan yang mana tidak mungkin
akan dijawab oleh suami isteri itu buat masa ini. Apatah lagi mereka sendiri
belum bersedia untuk membincangkannya dalam keadaan terbuka.
Buat
seketika Puan Ainun mengeluh kecil.
“Teringin
benar saya nak pergi tengok rumah tu bang tapi itulah, apa pulak kata Wafi
kalau kita sama-sama balik ke sana nanti. Saya tak mahu tengok dia bersedih
lagi. Sekarang ni pun dia masih tak dapat lupakan semuanya walaupun dah
bertahun-tahun masa berlalu. Saya takut kalau terjadi apa-apa yang buruk kat
dia nanti.” Suara Puan Ainun sudah bersalut risau bercampur sebak.
Dia
benar-benar bimbang dengan diri Wafi yang telah cukup difahami keadaannya sejak
dulu. Jalan kehidupan gadis itu terlalu jauh berbeza jika dibandingkan dengan
orang lain. Kehidupan yang ternyata meninggalkan kesan yang begitu mendalam
bukan saja buat Wafi tetapi juga pada mereka sekeluarga. Kesan luka yang begitu
memeritkan.
“Awak
jangan risau Ain. Insya-ALLAH, abang yakin semuanya akan kembali seperti dulu.
Cuma kita tak tahu bila semua tu akan berlaku.” Penuh yakin Encik Musaid
membalas kata. Wajah suram si isteri dipandang lama.
“Itu
kata abang tapi dah sepuluh tahun semua tu berlaku. Wafi tetap macam tu jugak.
Langsung tiada perubahan. Bezanya dulu dia banyak berkurung dan tak mahu
bercakap dengan orang luar. Sekarang ni dia dah mahu berkawan dengan orang
walaupun tak seramah mana.”
Wajah
suram Puan Ainun sudah dilalui titisan air matanya. Hiba hatinya setiap kali
teringatkan keadaan anak gadis kesayangannya itu.
“Ain,
sekurang-kurangnya dia berubah jugak bukan daripada dulu? Itu tandanya dia
memerlukan masa untuk melupakan semua yang telah berlaku. Kita sebagai orang
tuanya tak boleh mudah berputus asa. Kita kena sentiasa berusaha dan berdoa
pada ALLAH agar segala harapan yang kita sandarkan padanya akan tercapai jugak
suatu hari nanti.” Lembut Encik Musaid menasihati isterinya.
“Dahlah
tu Ain, jangan awak menangis lagi. Kalau ternampak dek Wafi entah apa pulak
yang difikirkannya nanti,” pujuknya.
“Oh
ya bang, apa yang abang nak buat dengan rumah arwah Wahid tu?” soal Puan Ainun
semula tidak lama kemudian setelah diri kembali tenang.
“Abang
rasa, biar sajalah rumah tu berkeadaan begitu sampai bila-bila. Lagipun rumah
tu bukannya hak kita tapi hak Wafi. Kita hanya tolong menjaganya sebelum kita
serahkan semula pada dia di waktu yang sesuai nanti. Apapun buat masa sekarang
abang rasa biarlah Ghaffar yang mengendalikannya sebagaimana biasa,” balas
Encik Musaid terus mengalih mata pada skrin televisyen. Menandakan dia tidak
berminat lagi bercakap tentang perkara itu.
Menjadikan
mulut Puan Ainun turut sama terkunci rapat. Mengerti dengan tindak-tanduk yang
ditunjukkan suaminya di waktu ini. Perlahan saki-baki air matanya dibuang
dengan hujung baju tidurnya. Lalu sepasang matanya turut dilekap ke skrin
televisyen. Sama-sama menonton.
“ALLAH,
aku dah tak tahu nak buat apa lagi sekarang ni Zali. Pening kepala aku bila
fikirkan pasal anak-anak kita tu. Makin kita nak baikkan dia orang, makin teruk
pulak perangai kedua-duanya. Lebih teruk dari apa yang kita fikir pulak tu.
Buat malu keluarga aje.” Encik Azmi mengeluh panjang. Diusap sama dahinya
beberapa kali. Jelas benar rasa kesal dan kecewa di wajah yang makin dimamah
usia itu.
Encik
Ghazali di sisinya turut beriak serupa.
“Entahlah
Mi, aku sendiri pun tak tahu nak kata apa. Dah masuk lapan tahun dia orang
bercerai. Jangan kata nak berkawan, nak bertegur sapa pun tak boleh. Apa nak
jadi dengan budak berdua tu pun tak tahulah. Dulu masa bercinta bukan main
rapat sampai nak berenggang seminit pun tak boleh. Bila dah bercerai nak tengok
muka pun dah tak mahu. Punyalah meluat sesama sendiri.”
Dia
sendiri turut bingung dengan sikap Ainul dan Alia.
“Saya
rasalah bang, lebih baik kalau kita biarkan saja budak berdua tu macam tu saja
sampai bila-bila. Lantak dia oranglah nak jadi apapun lepas ni,” sampuk Puan
Almas.
Dia
turut berada di laman rumah Encik Azmi petang itu bersama ahli keluarga mereka
yang lain. Jelas kedengaran rasa marah dan geram dalam nada suaranya.
“Ikutkan
hati aku ni Mas, aku pun nak buat macam kau kata tu, tapi tak boleh jugak kalau
kita biarkan saja budak berdua tu. Yalah, karang kalau jadi apa-apa pada dia
orang di masa depan, kita semua jugak yang menyesal nanti.” Puan Hayati
mencelah kata. Lebih kepada memujuk meskipun hatinya turut dibalut rasa serupa
sebagaimana mereka yang lain rasakan ketika ini.
“Kita
nak menyesal apanya lagi Yati. Sebagai orang tua dia orang, kita dah pun
jalankan tanggungjawab dan kewajipan kita tapi kalau dia orang sendiri yang tak
mahu terima semua tu, mahu atau tidak terpaksalah kita biarkan aje dia orang
buat keputusan sendiri lepas ni,” sanggah Puan Almas sedikit tinggi.
Benar-benar berang dengan sikap kedua-dua anak mereka.
“Mak
tak perlulah risau sangat tentang perkara ni. Along yakin pasti akan ada jalan
penyelesaiannya nanti.”
Tiba-tiba
saja Ammar yang sejak tadi ralit berbual bersama Rusydi di meja sama menyampuk
kata. Membuatkan empat pasang mata milik mereka berempat beralih segera ke
arahnya.
“Betul
kata Am tu mak, ayah. Pasti suatu hari nanti Ainul dan Alia akan sedar dengan
kesilapan yang mereka telah buat tu. Cuma kita tak tahu macam mana dan bila
semua tu akan berlaku.” Anis turut menyelit suara.
Wardina
di sisinya mengangguk laju. Bersetuju benar dengan kata-kata sahabat baiknya.
Puan Almas mengeluh panjang.
“Macam
mana kami tak risau Am, Anis. Adik-adik kamu tu, hidup hanya tahu menyusahkan
orang tua aje pun. Langsung tak terfikir perasaan kita semua selama ni. Dari
dulu sampai sekarang, tak pernahnya nak bagi kami senang hati tengok hidup dia
orang. Ada saja perkara yang dibuat dia orang tu mengecewakan kami. Salah
satunya inilah dia. Dah bercerai satu bablah, nak berbaik pun tak mahu
langsung.
Tak
payah kata nak berbaik, nak bertegur sapa pun dah tak boleh. Punyalah keras
kepala masing-masing. Langsung tak nak mengaku silap sendiri. Jadi kamu
berempat fikirlah, macam mana kami semua ni nak senang hati kalau begini
gayanya perangai adik-adik kamu tu?” Panjang wanita itu meluah rasa hatinya.
Jelas
terpancar rasa kecewa di wajahnya sama seperti mereka yang lain.
“Dia
orang berdua tu sebenarnya masih lagi saling menyayangi tapi itulah, ego sangat
kedua-duanya pun. Langsung tak mahu nak beralah. Ikutkan hati mak ni, nak saja
mak tampar muka kedua-dua adik kamu tu sekuat hati. Biar berakal sikit otak
kedua-duanya. Taklah menyusahkan kita macam sekarang ni.” Giliran Puan Hayati
pula membuang rasa geramnya.
“Macam
ni sajalah mak, ayah. Saya rasa ada caranya untuk kita sedarkan Ainul dan Alia
tu. Cara yang mana akan membuatkan kedua-duanya sedar tentang sikap dan
perasaan masing-masing. Saya yakin, mereka akan berbaik semula selepas ini
sepertimana yang kita semua harapkan selama ni,” celah Rusydi tiba-tiba. Sekali
gus berjaya melekapkan semua mata ke wajahnya pula.
“Cara
macam mana maksud kamu tu?” tanya Encik Azmi cepat. Ingin tahu dengan lebih
jelas kata-kata menantu sulung kepada Encik Ghazali dan Puan Almas itu.
Lelaki
itu tersenyum lebar.
“Saya
rasa elok kalau mak dan ayah serahkan saja perkara ni pada kami berempat. Biar
kami saja yang satukan semula Ainul dan Alia. Insya-ALLAH, saya yakin kami akan
berjaya lakukan mengikut cara kami sendiri,” jawab Rusydi.
Ammar
terus mengangguk laju. Begitu juga Wardina dan Anis. Ada senyuman lebar di
wajah mereka. Penuh makna.
“Apa
yang kamu berempat nak buat pada budak berdua tu?” Ternyata Puan Hayati sudah
tidak sabar untuk mendengar rancangan yang bakal dilakukan oleh anak-anak dan
menantu mereka sebagaimana mereka yang lain. Mereka terus berpaling pada Ammar
yang kini telah sedia membuka mulut.
“Begini
mak, ayah...”
“ADUH,
kenapa dengan aku ni? Dah gila bayang agaknya. Tapi takkanlah begitu pulak
jadinya? Baru sekali pandang dah jadi begini. Kira dah parahlah keadaan aku ni
ya?” Faris bersuara sedang tubuhnya berubah posisi lagi.
Sudah
puas dia menggolek tubuh sejak tadi. Dari kiri ke kanan. Dari kepala katil
hingga hujung katil. Dari atas katil melarat ke atas permaidani bilik. Tapi
matanya masih tidak mahu pejam rapat. Dia akhirnya bosan dengan keadaan itu.
Segera dinyalakan lampu tidurnya. Menerangi bilik yang telah lama kelam
disimbah suasana malam. Dilepas panjang nafasnya.
Wajah
gadis itu terbayang semula di matanya. Menjadikan Faris tanpa sedar membentuk
senyuman sendiri. Khayal sebentar dengan kehadiran bayangan Wafi di matanya.
Sedangkan dia sendiri tidak pernah sedar sejak bila wajah gadis itu mula
menempel di layar retinanya. Mengasyikkan dia yang kali pertama menatap wajah
lembut itu. Terasa hati bagai dicuri biarpun tidak sepenuhnya.
“Apa
yang dah jadi pada aku sebenarnya ni hah? Adakah aku dah jatuh cinta pandang
pertama pada dia?” Dalam kegelapan malam Faris bersuara lagi.
Dibiar
matanya menatap siling bilik. Tiada apa yang dapat ditangkap matanya melainkan
wajah Wafi semata-mata. Lalu senyuman Faris terlukis semula. Dia kembali khayal
dengan keadaan itu sebelum perlahan-lahan dia melepas keluhan panjang.
“Menyesal
pulak rasanya aku tak kenal dia dengan lebih awal. Kenapalah aku buat bodoh aje
masa mak dan adik cakap pasal dia dulu? Tapi mana aku tahu dia macam tu punya
cantik sampai aku yang kali pertama tengok pun dah tak boleh tidur malam
dibuatnya. Angau semacam aje kat dia.
Apa
dia pakai minyak pengasih ke sampaikan aku tak boleh lupakan dia begini sekali?
Tapi, mustahillah pulak dia pakai benda-benda khurafat macam tu. Tadi tu pun
beberapa saat aje dia pandang aku. Itupun dengan muka tegang semacam aje. Macam
tak suka aku tengok dia aje. Jadi mustahil sangatlah dia pakai benda-benda
mengarut macam tu.” Faris bersuara lagi. Dilentang tubuhnya. Menghadap siling.
“Dah
berpunya ke dia atau masih lagi mencari? Tengok dari gaya, macam belum ada tapi
betul ke dia belum ada siapa-siapa yang punya? Cantik macam tu takkanlah tak
ada yang berkenan kot? Tapi macam mana orang nak berkenan kalau susah sangat
dia nak senyum? Aku yang begini handsome pun tak dipandangnya, inikan
pulak lelaki lain.” Sambil memeluk bantal Faris bersuara lagi. Sempat pula dia
memuji diri sendiri. Dia tersenyum semula tatkala teringat sesuatu.
“Cantik
betullah mata dia tu. Tambah-tambah bila dia menjeling begitu. Buat aku tergoda
aje. Alahai mak, nampaknya anak terunamu ni dah jatuh cinta.” Senyuman Faris
terukir lagi. Lebih lebar dari tadi.
“Tak
apa, esok masih ada. Nantilah, aku akan cari jugak jalan nak berkenalan dengan
dia. Kalau dia dah ada yang punya, awal-awal lagi aku angkat kaki. Tapi kalau
belum, mimpilah kau nak lepas dari aku wahai bidadari. Ini Faris Firdauslah,
pantang berundur sebelum berusaha tau.” Diam-diam Faris menanam tekad sendiri.
Senyumannya
makin mekar sebelum lama-kelamaan dia mulai terlena dengan wajah Wafi masih
melata di minda.
No comments:
Post a Comment