BAB
17
“WAH, tak
sangka aku. Best betul cerita tadi tu,” ujar Asyikin girang sebaik
melangkah keluar dari pawagam.
“Yalah
kan? Tak rugi rasanya menonton walau harga tiket mahal sikit hari ni,” ujar
Jeslynn dengan senyuman puas.
“Jadi,
kita nak pergi mana lagi lepas ni?” soal Jeslynn sambil memandang mereka yang
lain.
“Aku
rasa lebih baik kita pergi makan dulu. Dari tadi kita asyik shopping,
jalan-jalan, tonton wayang aje. Perut aku ni, laparnya dah sampai tahap nak
makan orang tahu. Dahlah sebelum datang pun kita tak makan apa-apa. Sebelum aku
makan kau orang sorang demi sorang, baik kau orang cari tempat untuk kita makan
dulu,” cadang Laila sambil memanjang leher ke sekitar.
Mencari
tempat bagi menjamu selera.
“Kalau
macam tu, apa kata kita makan kat gerai yang selalu kita pergi tu aje? Ala,
bukan jauh pun. Depan tu aje. Sebelum Laila baham kita sorang demi sorang, baik
kita bagi dia makan dulu. Susah jugak kalau berkawan dengan manusia kanibal ni
ya,” usik Haiza sambil tersengih kecil apabila Laila menjeling tajam
padanya.
“Hah,
apa lagi? Jomlah pergi. Buat apa terpacak macam tiang elektrik kat sini,” gesa
Marya apabila mereka masih tidak berganjak.
Cepat-cepat
semua menapak.
“Macam
mana Balkis? Seronok tak dapat keluar jalan-jalan dengan kita orang?” soal
Regina sebaik pelayan yang mengambil pesanan berlalu pergi.
Balkis
tersenyum sambil mengangguk girang.
“Seronok
sangat. Macam tak percaya aku dah keluar dengan kau orang hari ni.”
“Mesti
bosankan hidup kau selama ni? Duduk rumah aje. Nak keluar pun
ada bodyguard ikut. Kalau tak ada pun, kau bukan boleh keluar
lama-lama. Kalau tak lain kali mesti tak dapat keluar lagi,” ujar Haiza,
bersimpati dengan nasib Balkis.
“Tapi
bagi akulah, lebih seronok kalau aku dapat hidup macam kau Balkis. Nak pergi
mana pun ada orang bawakan. Nak apa pun dah disediakan. Tak payah susah payah
pergi beli sendiri. Kan senang hidup macam tu,” sampuk Laila yang mula
mengunyah hidangan yang telah sampai ke meja mereka.
“Tak
jugak Ila. Kalau sehari dua kau kat tempat aku, mungkin kau rasa seronok. Tapi
lama-lama pasti kau bosan. Kau takkan dapat belajar hidup berdikari. Jauh
sekali nak merasa kepayahan mendapatkan sesuatu. Kawan pun tak ada. Walaupun
semua orang ada di sekeliling kau setiap masa tapi semua tu tak dapat mengubat
kesunyian kau. Tak guna hidup kaya kalau kegembiraan tak dapat kau rasa,” jawab
Balkis.
“Betul
Balkis. Tak guna berharta banyak kalau kita tak dapat buat apa yang kita nak.
Biar miskin asalkan gembira selalu,” sokong Marina.
“Hmm...
susah rupanya jadi orang kaya ni. Kalau macam tulah hidup orang kaya, lebih
baik aku hidup macam sekarang. Tak ada harta tapi hati senang selalu,”
“Alah.
Macam kau tu Laila, tak ada harta pun tak apa. Mesti kau boleh kaya jugak suatu
hari nanti walaupun setakat menumpang harta orang,” tukas Jeslynn.
“Kenapa
kau cakap macam tu?” soal Laila, hairan.
“Yalah,
kau kan cantik. Kalau tak, tak adalah kau nak sandang gelaran ratu fotogenik
antara sekolah tiga tahun berturut-turut. Aku berani jamin. Mesti ada lelaki
kaya yang terpikat dengan kau nanti. Kalau tak sekarang, mesti beberapa tahun
lagi,”
“Huh,
kau cakap macamlah aku gadis paling cantik dalam dunia ni. Kau tu pun, apa
kurang. Malah seribu kali lagi cantik dari aku. Cuma tulah. Dah rezeki aku
menang dalam pertandingan tu. Tu pun aku sendiri tak tahu aku dipertandingkan.
Tahu-tahu aje nama aku dah diumumkan sebagai pemenang,” rungut Laila sambil
menjeling Marya yang sudah tersengih-sengih.
“Kau
ni Ila, janganlah marah kat Marya. Memanglah silap dia menghantar gambar kau ke
pertandingan tu tanpa pengetahuan kau. Tapi nak buat macam mana. Dah sekolah
kita tak ada wakil ke pertandingan tu tiap-tiap tahun. Nak tak nak Marya hantar
ajelah gambar sesiapa yang ada dalam simpanan dia. Kau pulak kan jenis yang
suka berposing sakan depan kamera. Kau jugak yang bertuah dapat gelaran yang
diimpikan semua gadis di daerah sekolah kita,” balas Farah bagi pihak Marya.
“Huh,
buat apa aku dapat gelaran tu kalau bertambah musuh aje. Kalau dapat kawan tak
apalah jugak. Ini makin dibenci orang adalah,” ujar Laila kembali tenang.
“Ala,
dia orang tu sebenarnya cemburu dengan kau Ila. Silap dia orang jugak hantar
gambar entah apa-apa. Tak baca langsung syarat utama pertandingan yang minta
para peserta menghantar gambar yang berpakaian sopan dan menutup aurat.
Punyalah nak jadi ratu sampai terlupa semuanya,” ujar Regina pula.
“Tu
namanya fotogedik, bukan fotogenik tahu tak,” sampuk Asyikin.
“Eh
kau orang, tu bukan Irwan dengan James ke? Dia orang buat apa kat sini
petang-petang macam ni?”
Soalan
Haiza mengubah haluan bicara. Memandang Irwan Putra dan James yang menapak
mendapatkan mereka.
“Abang
Chik buat apa kat sini?” soal Farah sebaik kedua-duanya berdiri depannya.
“Abang
keluar beli air cap kaki tiga untuk Faizam,” jawab Irwan Putra.
Dia
menunduk sedikit apabila matanya bertembung mata Marina. Segan.
“Beli
air untuk Faizam? Kenapa dengan Faizam? Sakit ke dia?” soal Izrin Putri pula.
Risau
apabila mendengar kata-kata adik kembarnya.
“Dia
demam Rin. Demam terkejut,” seloroh James.
Selamba
dia melabuhkan punggung di sisi Jeslynn. Gadis itu segera berganjak. Memberi
ruang.
“Demam
terkejut? Aik, masa aku jumpa dia petang semalam kat depan sekolah kami nampak
elok aje. Apasal tiba-tiba demam pulak?” ujar Haiza, hairan.
“Dia
demam sebab dah lama tak jumpa buah hati, Za,” balas James lalu tertawa kecil.
Mereka
yang lain merengus. Mengerti kini sebab sebenar Faizam demam.
“Pasal
tu aje boleh demam? Huh, teruk betullah Faizam ni,” cebik Farah.
“Yang
kau orang semua buat apa pulak kat sini?” soal Irwan Putra, mengalih bicara.
“Kita
orang pergi shopping tadi. Lepas tu tengok wayang. Habis tu kita
orang lepaklah kat sini kejap,” jawab Asyikin.
“Tengok
wayang? Tak ajak kita orang pun,” ujar James, pura-pura merajuk.
“Nak
ajak ke benda. Kau orang kan lelaki, mana boleh masuk geng kita orang yang
semua perempuan ni,” ujar Laila.
“Eleh.
Cakap ajelah tak bagi ikut, kan senang. Nak bergeng-geng pulak kalau nak
keluar. Selama ni kita keluar ramai-ramai tak ada pulak kisah geng lelaki ke
geng perempuan. Saja nak buat alasanlah tu,” bidas James.
Laila
hanya tersengih.
“Chik,
kenapa tak bawa Faizam pergi jumpa doktor?” soal Izrin Putri semula sambil
memandang Irwan Putra yang melabuhkan punggung di sisi Farah.
“Nak
bawa macam mana Rin. Macamlah kau tak tahu perangai Faizam tu. Jangan kata nak
jumpa doktor, nak suruh telan panadol pun payah. Takkan kita orang nak heret
dia pulak kalau tuan punya badan tak mahu pergi,” sela James sebelum sempat
Irwan Putra membalas cakap.
“Kalau
macam tu, tak teruk sangatlah demam Faizam tu,” sampuk Laila.
“Ala,
aku rasa dia demam biasa aje tu. Demam-demam manja kata orang,” sampuk Asyikin.
Membuatkan
semua mata berpaling ke wajahnya sejenak.
“Apa
kata kau, demam-demam manja? Demam apa tu?” soal James, terpinga-pinga dengan
istilah yang tidak pernah didengarinya itu.
“Demam-demam
manja tu samalah jugak dengan demam-demam mengada,” ujar Farah dengan muka
selamba.
“Demam
mengada? Tu jenis demam apa pulak?” soal James, semakin pening.
“Sudahlah
kau orang. Jangan nak rosakkan pulak prosa bahasa kita yang sedia rosak,” ujar
Marya sedikit tegas.
“Demam
manjalah, demam mengadalah. Mana wujud istilah-istilah macam tu. Buat sakit
telinga aku aje yang dengar,” sambung Marya sambil membulatkan mata pada Asyikin
dan Farah.
Kedua-dua
gadis itu hanya tersengih.
“Habis
tu, kau orang nak ke mana lepas ni?” soal Irwan Putra, mula bangun.
James
turut berbuat demikian.
“Nak
pergi mana, kan dah petang ni. Balik ke asrama ajelah terus,” jawab Regina,
memberi kata putus.
Mereka
yang lain mengangguk. Bersetuju.
“Kalau
macam tu kita orang minta diri dulu. Nanti lambat pulak sampai ke asrama. Kau
orang pun jangan lama-lama sangat kat sini. Tak elok balik waktu senja,” pesan
Irwan Putra lalu memberi salam.
Sempat
dia melirik mata pada Marina yang tersenyum kecil melihat tingkah lakunya.
Mereka
yang lain turut mengukir senyuman.
“Baik
Irwan tu kan Marina,” puji Haiza sebaik kelibat Irwan Putra dan James tidak
lagi kelihatan.
Rona
wajah Marina berubah serta-merta. Memerah.
“Kenapa
kau tanya aku pulak?” balas Marina, segera menunduk.
“Ewah,
buat-buat tak tahu pulak. Irwan kan suka kat kau,” usik Haiza.
Dia
terjerit tatkala cubitan kecil Marina hinggap di lengannya.
“Kau
ni. Suka hati aje nak cakap macam tu,” marah Marina dalam malu-malu.
“Alah,
kalau betul pun apa salahnya. Iya tak Rin, Farah?” sampuk Laila.
Serentak
Izrin Putri dan Farah mengangguk sambil tersenyum lebar.
“Hah,
tengok tu. Adik-beradik dia pun dah terima kau walaupun tak secara rasmi.
Senang cakap, kira jadilah kau dengan Irwan,” giat Regina juga.
“Betul
Gina. Mujur kita masih belajar. Kalau kita dah kerja, aku suruh abang Chik
pinang kau,” usik Farah pula.
“Rina,
kau terima tak kalau Irwan masuk pinang kau nanti?” soal Asyikin.
Dia
sengaja mahu melihat reaksi gadis itu yang semakin memerah wajahnya.
“Kau
orang ni!” balas Marina dengan nada sedikit terjerit.
Malu
benar diusik begitu.
“Hei
kau orang ni, dah-dahlah mengusik Marina. Dah tahu dia suka Irwan, biar ajelah.
Esok-esok kalau dia orang nak kahwin, kita tolong ajelah apa yang patut,” tegas
Marya, melarang teman-temannya.
Dalam
masa yang sama dia turut mengenakan Marina. Gadis itu membuntang mata padanya.
Marya hanya tersengih.
“Eh
Farah, kau tak rasa ke yang Ikhwan tu sebenarnya sukakan kau?” soal Haiza tiba-tiba.
Dia
memandang Farah yang terpinga-pinga dengan pertanyaan itu.
“Laa...
apasal masuk bab Ikhwan pulak ni? Ribut tak ada, angin pun tak ada, tup-tup
nama budak sekerat Melayu separuh Itali tu jugak yang kau sebut,” sampuk
Jeslynn tanpa sempat Farah menjawab.
“Alah,
aku tanya ajelah,” rengus Haiza cepat-cepat.
“Kau
tak rasa ke yang Ikhwan sebenarnya suka kat kau Farah?” soal Haiza, mengulang
pertanyaan.
“Kenapa
kau tanya macam tu?” soal Farah, hairan.
“Aku
bukan apa Farah. Aku sebenarnya tak selesalah tengok kau berbual dengan dia.
Cara dia pandang kau, cakap dengan kau, lain benar. Macam ada yang tak kena aje
dengan mamat Itali setengah Melayu tu.”
“Laa...
aku ingat aku sorang aje rasa macam tu. Rupanya kau pun sama jugak ya Za. Tapi
betullah kata kau. Aku pun dapat rasa yang mamat tu suka kat kau. Tapi terus
terang aku cakap Farah. Daripada kau pilih Ikhwan tu
jadi boyfriend kau, baik lagi kau pilih Faizam. Selaser mana pun
mulut Faizam tu, seribu kali dia lebih baik daripada Ikhwan, buaya darat
tu tau,” sampuk Laila pula.
“Hisy
kau orang ni, tak adanya aku nak bercinta sekarang. Tambah-tambah lagi dengan
Ikhwan tu. Minta simpanglah aku daripada jatuh cinta dengan dia. Jangan kata
kau orang, aku sendiri pun tak selesa tapi nak buat macam mana. Dah dia yang
datang cari aku. Bukannya aku yang pergi cari dia,” ujar Farah.
“Kalau
macam tu, pastilah Faizam yang jadi pilihan kau?” soal Asyikin cepat-cepat.
Namun
keningnya berkerut tatkala Farah menggeleng laju.
“Tak
mahulah aku. Kami dah macam adik-beradik. Walaupun bukan sedarah sedaging tapi
aku dengan Faizam tu dah terlalu rapat dan mesra tapi tak adalah sampai tahap
nak jadi suami isteri. Jangan kata nak kahwin, nak bercinta dengan dia pun tak
pernah terlintas dalam kepala otak aku ni,” jawab Farah sungguh-sungguh.
“Hai,
kalau macam tu gayanya terpaksalah Cik Farah kita ni cari yang lain ya,” ujar
Haiza sambil mengetuk jari telunjuk di bibir.
Memikirkan
calon terbaik buat Farah yang nampak kaget dengan sikap kawan-kawannya ketika
ini.
“Hah,
apa kata kalau kau ambil Johan aje Farah? Dia pun handsome orangnya.
James kata sepupu kau tu jenis orang yang tak tinggal solat tau. Sesuailah
dengan kau yang lebih kurang macam Johan jugak,” cadang Jeslynn pula.
“Haah.
Aku setuju sangat dengan cakap kau Lynn. Johan tu pun sikapnya lebih kurang
macam Faizam aje. Cuma mulut dia tak adalah laser macam mulut Faizam yang tak
pernah ada insurans tu,” sokong Laila.
Mereka
yang lain mengangguk setuju. Farah pula terus mencebik bibir.
“Kau
orang ni kan, cakap macamlah aku tengah cari calon suami dan minta kau orang
padankan aku dengan calon yang dah ada dalam senarai. Apa kau orang fikir
aku nak sangat ke bercinta di usia macam ni? Jangan kata nak bercinta, nak
berkawan dengan lelaki pun aku tak naklah. Banyak lagi benda yang aku perlu
fikirkan selain dari fikir perkara tak berfaedah ni,” marah Farah sambil
memandang teman-temannya yang tersengih.
“Memang
betul cakap kau tu Farah. Buat masa sekarang ni, bukan setakat pelajaran aje
yang kita kena fikir tapi fikirkan jugak masa yang semakin berjalan ni,” sampuk
Marya menyebabkan semua mata melekat pula ke wajahnya.
“Ni
kau orang tahu tak dah pukul berapa sekarang hah? Bersembang aje dari tadi
sampai tak ingat nak balik. Nanti kalau kita lambat sampai ke asrama tu, jangan
kata kau orang, dengan aku sekali kena sebat dengan pengetua kita, si mak
Asyikin ni. Jadi sebelum berlaku apa-apa, baik kita balik sekarang,” ajak Marya
tegas.
Dia
terus bangun. Mereka yang lain turut sama-sama beredar.
No comments:
Post a Comment