BAB
3
“Kenalkan, ini Safuan, salah
seorang jurutera syarikat kita. Yang ini pula Farid, ketua bagi Jabatan
Perancangan syarikat,” ujar Tengku Azhar memperkenalkan beberapa orang lagi
pekerja kepada Tengku Anuar. Dia menyambut huluran tangan mereka. Mesra.
“Dan yang ini, Atika. Mulai
sekarang Atika akan menjadi setiausaha kamu,” Di unjuk jarinya ke arah seorang
wanita berbaju kurung berwarna biru laut lembut.
“Apa khabar Tengku Anuar?”
Wanita bertudung putih itu tersenyum manis padanya.
Tengku Anuar hanya tersenyum
mengangguk.
“Seperti mana yang kamu semua ketahui,
hari ini merupakan hari pertama Tengku Anuar bertugas di syarikat ni. Sekaligus
menjadi salah seorang dari kakitangan syarikat kita. Saya berharap semua dapat
memberikan kerjasama yang baik kepadanya seperti mana yang telah kamu berikan
kepada syarikat selama ini,” Kata-kata Tengku Azhar di balas dengan anggukan
kepala pekerja-pekerja yang berada di ruang lobi pejabat pagi itu.
“So Anuar, ada apa-apa yang ingin kamu perkatakan?” soal Tengku
Azhar memandang wajah pemuda itu.
Tengku Anuar tersenyum sedikit.
“Terima kasih kepada semua
kerana sudi berkumpul di sini pagi ni. Saya harap kita semua akan dapat
bekerjasama seperti sebuah keluarga yang besar dalam syarikat ni. Jika saya ada
melakukan sebarang kesalahan, sudilah kiranya memberi teguran dan tunjuk ajar,”
ujarnya tenang.
“Insya Allah Tengku,” ujar
beberapa pekerja lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ.
Mereka yang lain hanya
menganggukkan kepala.
“Just call me Anuar,” sahut Tengku Anuar pantas.
Seperti adik beradiknya yang
lain, Tengku Anuar turut kurang senang jika ada sesiapa yang memanggilnya
dengan panggilan Tengku. Baginya, gelaran Tengku itu hanyalah satu gelaran yang
menjadi warisan keluarga mereka yang diperturunkan dari satu generasi ke
generasi berikutnya. Tidak mempunyai makna yang khusus.
“Baiklah Encik Anuar,” sahut para
pekerjanya kembali.
Kali ini dengan menggunakan
panggilan yang sama mereka gunakan pada Tengku Azhar dan Tengku Afzan. Tengku
Anuar tersenyum senang.
“So, kalau tak ada apa-apa lagi kamu semua boleh kembali ke jabatan
masing-masing,” ujar Tengku Azhar sekaligus menamatkan pertemuan itu.
“Cik Nina, ini dia senarai nama
pelanggan tetap kita yang Cik Nina minta minggu lepas,” Sandra menghulur
sehelai kertas sebaik ternampak Nina menolak pintu pejabat.
“Kalau iya pun San, bagilah
saya duduk dulu,” ujar Nina sedikit bergurau.
Dia yang baru saja tiba di
pejabat pagi itu menarik nafas panjang seraya tersenyum kecil. Dihempas
punggungnya di sofa yang ada di ruang pejabat.
“Maaf Cik Nina,” Sandra tersengih
kecil. Malu dengan sikapnya yang sedikit terburu itu.
“Bagi saya kertas tu,” ujar
Nina setelah beberapa ketika melepas lelah.
Sandra segera mengunjuk kertas
yang diminta. Nina menyambut perlahan.
“Bengkel dah buka ke?” Tanpa
memandang wajah Sandra, Nina menyoal perlahan. Matanya sibuk meneliti kertas yang
berada di tangannya.
“Belum Cik Nina. Bukankah
selalunya bengkel di buka pada pukul sembilan setengah pagi?” ujar Sandra
sedikit hairan. Seingatnya, sepanjang dia bekerja dengan Nina, inilah kali
pertama gadis itu bertanya begitu padanya.
“Sekarang pukul berapa?” giliran
Nina menyoal hairan. Wajah tercengang Sandra direnung sejenak.
“Sekarang baru pukul sembilan
pagi cik Nina,” balas Sandra.
Nina memandang sekilas jam di tangan.
Ditepuk dahinya perlahan. Menggeleng-geleng beberapa kali.
“Hmm, tak apalah San, saya
masuk dalam dulu,”
Nina bangun mengatur langkah
menuju ke biliknya.
“Oh ya Sand,” Nina kembali
berpaling. “Nanti kalau budak-budak tu dah datang, awak beritahu saya ya,”
“Budak-budak mana pula ni Cik
Nina?” Sandra menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Awak ni, budak-budak mana lagi
kalau bukan kawan-kawan awak yang kerja kat bengkel saya tulah,” sambungnya
sedikit mendengus.
Sandra tersengih kecil.
“Oh, dia orang. Yalah, Cik
Nina,” balasnya tersenyum simpul sebelum kembali menyambung tugasnya.
Nina menolak daun pintu
perlahan. Dilabuh punggungnya di sofa yang ada di bilik itu. Dahinya dipicit
perlahan. Sakit kepala yang dirasainya dek terkena hujan malam tadi dirasakan masih
berbaki. Dialih pandangan ke arah meja di sebelah sofa.
Memandang fail yang bertimbunan
di meja membuatkan kesakitan yang berdenyut di kepala semakin terasa. Dia
mengeluh kecil. Perhatiannya teralih tatkala telefon bimbitnya menjerit kuat. Nina
sedikit tersentak. Di tarik keluar telefon yang terselit di seluar jeans yang
tersarung di tubuh. Dia mengeluh halus tatkala terlihat nama yang tertera di
skrin telefon.
“Hello, assalammualaikum,”
perlahan dia bersuara sesudah butang telefon ditekan.
“Waalaikumusalam. Hai Nina, kau
tengah buat apa tu?” suara Asyikin, sahabat baiknya kedengaran di hujung
talian.
“Tak buat apa pun. Mimpi apa
kau call aku pagi-pagi begini?” soalnya
malas sambil tangan kanannya memicit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.
“Mana ada aku mimpi apa-apa
pun. Aku nak ajak kau lunch dengan
aku tengah hari nanti. Boleh?”
“Hmm, okey. Kat mana?”
“Kat mana lagi, kat tempat
biasalah,” balas Asyikin.
“Kita berdua aje ke?” soalnya
agak lemah.
“Isy kau ni, tak bestlah kalau kita berdua aje. Aku dah
ajak Khalidah sekali,”
“Okeylah kalau macam tu. Jumpa
nanti di sana,” balasnya.
Talian diputuskan. Nina
mengeluh perlahan. Telefon bimbit di
tangan diselit semula di celah poket seluar. Dia bangun menuju ke meja kerjanya.
Menarik sebuah fail di atas meja. Tangannya menyelak satu persatu helaiannya.
Mula menyiapkan kerja-kerja yang masih terbengkalai.
No comments:
Post a Comment